CARA MOHON LESEN PERCUMA (2026) : REGISTER PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU (PANDUAN LENGKAP)

CARA MOHON LESEN PERCUMA (2026) : REGISTER PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU (PANDUAN LENGKAP)

Salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma, adalah melalui pelaksanaan Program MyLesen B2 melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Bagaimanakah semakan kelayakan register lesen percuma 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN LESEN PERCUMA (2026) : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN (PANDUAN LENGKAP)

KATEGORI LESEN PERCUMA

Lesen yang akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

PROGRAM BANTUANKATEGORI LESEN PERCUMA
MyLESEN B2Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Kelas B2
(Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

TARIKH MOHON LESEN PERCUMA

Permohonan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) 2026 seperti berikut :

PROGRAMTARIKH PERMOHONAN
MyLesen B2
(Lesen B2 Percuma)
Tarikh permohonan belum diumumkan, dan akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

Catatan : Kebiasaannya permohonan akan dibuka bermula Februari hingga Oktober (mengikut Negeri masing-masing).

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis rasmi tarikh permohonan melalui laman rasmi serta media sosial, dan peserta hendaklah mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN MOHON LESEN PERCUMA

Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.

TUJUAN MOHON LESEN PERCUMA

Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Melalui permohonan lesen percuma B2 ini, peserta dapat

  • Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) secara percuma dengan tajaan penuh oleh Kerajaan.
  • Yuran latihan teori dan amali JPJ percuma;
  • Ujian memandu (teori dan praktikal) percuma; dan
  • Pendaftaran Lesen B2 percuma.

Namun, kos pengangkutan ke institut memandu serta makan minum sepanjang mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

INFO PENTING PROGRAM LESEN PERCUMA

Berikut merupakan maklumat tambahan berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) yang penting perlu diketahui oleh peserta :

  • Program Bantuan Lesen Percuma hanya untuk lesen motorsikal kelas B2 (250cc ke bawah).
  • Lesen kereta kelas D dan DA adalah tidak termasuk.
  • Kuota permohonan adalah terhad yang dibahagikan mengikut negeri.
  • Pemohon yang gagal ujian JPJ masih boleh mengulang dan kos ulangan adalah tidak ditanggung.
  • Semua latihan dan ujian hanya boleh dilakukan di Institut Memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ sahaja.

CARA MOHON LESEN PERCUMA

Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal, dan hantar borang tersebut.
  6. Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
  7. Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

1 thought on “CARA MOHON LESEN PERCUMA (2026) : REGISTER PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU (PANDUAN LENGKAP)”

Leave a Comment