CARA MOHON BANTUAN DALAM IC : (2026) SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA BERKELAYAKAN SEGERA BUAT PERMOHONAN SEBELUM TUTUP

CARA MOHON BANTUAN DALAM IC : (2026) SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA BERKELAYAKAN SEGERA BUAT PERMOHONAN SEBELUM TUTUP

Program bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan melalui IC penerima yang layak diteruskan bagi tahun 2026 dengan penambahbaikan serta peningkatan kadar bayaran.

Bagaimanakah cara mohon bantuan dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025 : SEMAK BILA TAMAT TEMPOH

APA ITU BANTUAN DALAM IC?

Bantuan dalam IC ialah salah satu inisiatif bantuan Kerajaan kepada golongan yang memerlukan bantuan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhan (B40 dan M40) untuk meringankan beban kewangan penerima dalam mendepani cabaran kos sara hidup serta bagi memenuhi keperluan asas penerima secara bulanan.

CARA PELAKSANAAN BANTUAN DALAM IC

  1. Bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
  2. Secara tanpa (cashless) melalui IC/MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
  3. Pengkreditan secara bulanan;
  4. Sebagai bantuan tambahan kepada Program STR;
  5. Kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan data STR dan Sistem eKasih.
  6. Kredit bantuan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar.
  7. Contoh barangan keperluan asas yang diluluskan :
    • Makanan Asas;
    • Makanan dan Minuman;
    • Barang Dapur;
    • Produk Kebersihan Diri;
    • Ubat-ubatan;
    • Barangan Persekolahan;
    • Produk Kebersihan Rumah.
  8. Barangan ini boleh didapati di kedai yang berdaftar Program SARA di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC

Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan

AMAUN BULANAN BANTUAN DALAM IC

Kadar Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMADAFTAR EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 SebulanRM100 Sebulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 SebulanRM50 Sebulan
BujangRM100 SebulanRM50 Sebulan

CARA MOHON BANTUAN DALAM IC

Kelayakan penerima bantuan dalam IC 2026 (SARA) adalah secara automatik berdasarkan penerima STR tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Namun, sekiranya anda belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 di sini :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

CARA DAFTAR SISTEM E-KASIH

Isi Rumah yang berpendapatan bawah PGK semasa, boleh membuat pendaftaran di Sistem eKasih untuk menerima bantuan SARA yang berdaftar eKasih.

Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment