CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025 : UNTUK ASB LOAN 100K, 200K, 50K (PANDUAN LENGKAP)

CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025 : UNTUK ASB LOAN 100K, 200K, 50K (PANDUAN LENGKAP)

ASNB (Amanah Saham Nasional Bhd) adalah merupakan syarikat pengurusan unit saham milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB). Kadar pembayaran Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tahun 2025 mencecah RM10.4 billion untuk manfaat 11.4 juta pemegang unit ASB.

Bagaimanakah cara kira dividen ASB? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

KADAR DIVIDEN ASB 2025

Kadar Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera untuk tahun 2025 adalah kekal sama seperti kadar Dividen untuk tahun 2024 yang merupakan rekod yang tertinggi dalam tempoh lima (5) tahun (2020 – 2025) seperti berikut :

TAHUNKADAR DIVIDEN
(%)
BONUS
(%)
20255.500.25
20245.500.25
20234.251.00
20223.351.25
20214.250.75
20203.500.75

BILANGAN PENERIMA MANFAAT DIVIDEN ASB 2025

Pihak Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan bahawa seramai 11.4 juta pemegang unit ABS untuk tahun 2025 akan menerima manfaat Dividen ASB sebanyak 5.75 sen dan jumlah keseluruhan bayaran adalah mencecah sehingga RM10.4 billion.

Agihan Dividen ASB adalah menunjukan pendapatan yang kompetitif mengatasi penanda aras iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata hanya sebanyak 2.29 sen selama tempoh yang sama dengan ASB.

CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025

Individu yang merupakan pemegang unit ABS, boleh membuat kiraan Dividen ASB yang dapat untuk tahun 2025 mengikut panduan seperti berikut :

  1. Dapatkan Baki Minimum Bulanan (BMB) – Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1 hari bulan sehingga hujung bulan.
    • Dapatkan BMB untuk 12 bulan.
  2. Setiap jumlah BMB untuk 12 bulan dicatatkan, tambahkan kesemua BMB tersebut untuk setiap bulan
    • Tambah BMB untuk 12 bulan (dari Januari hingga Disember).
  3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan ‘Purata Baki Minimum Bulanan 12 bulan atau Baki Minimum Tahunan.
    • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB kepada 12.
  4. Darabkan Baki Minimum dengan kadar dividen ASB iaitu 5.75 sen untuk dapatkan kadar penuh.
    • Darab dengan 5.75.

Contoh :

Jika simpanan RM10,000 dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen yang akan dapat adalah :

RM10,000 x 5.75% = RM575 untuk tahun 2025.

TARIKH TANGGUHAN URUS NIAGA ASB 2025

Semua pemegang unit ASB perlu menangguhkan sebarang transaksi dari akaun ASB melalui cawangan dan ejen ABS atau semua saluran dalam talian (online) dan perbankan internet buat sementara waktu seperti tarikh berikut :

SALURAN &
TRANSAKSI
TARIKH TUTUP
URUSNIAGA
myASNB,
Platform Digital,
Kaunter ASNB &
Ejen ASB
28 hingga 31 Disember 2025
Transaksi
Penukaran
27 hingga 31 Disember 2025

Pemegang unit ASB boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet atau di mana-mana cawangan dan ejen ASB seperti jadual di bawah :

SALURAN &
TRANSAKSI
TARIKH BUKA
URUSNIAGA
myASNB,
Platform Digital
Bermula 1 Januari 2026
Transaksi
Penukaran
Kaunter ASNB &
Ejen ASB
Bermula 2 Januari 2026

MAKLUMAT LANJUT

Kami hanya menyediakan maklumat berkaitan ASB berdasarkan maklumat daripada pihak Kerajaan. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan maklumat Dividen ASB, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03 7730 8899
  • Alamat e-mel rasmi : [email protected]

Leave a Comment