CARA GUNA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK
Penggunaan Bantuan MyKasih untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan MyKad kini semakin meluas kepada penerima Semenanjung Malaysia sehingga penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagaimanakah cara guna MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MY KASIH SARA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)
CARA GUNA MYKASIH 2025
Berikut merupakan cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad :
- Kunjungi kedai terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025
Hanya barangan MyKasih yang disenarai berikut diluluskan untuk pembelian menggunakan MyKad :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH 2025
Terdapat lebih 1,200 kedai terpilih MyKasih di seluruh negara termasuk :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
- Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
CARA SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2025
Ikuti cara semakan kelayakan sebagai penerima MyKasih seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SEMAK BAKI MYKASIH 2025
Untuk mengetahui baki duit Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad, ikuti cara semakan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.