CARA DAFTAR MYSTR 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER AKAUN PENGGUNA
Akaun pengguna mySTR yang terbaru 2026 perlu didaftarkan untuk permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat permohonan walaupun pemohon sedia ada telah mempunyai akaun mySTR pada tahun-tahun sebelumnya.
Bagaimanakah cara daftar mySTR 2026? Rujuk panduan lengkap register akaun pengguna terbaru di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN STR 2025 (FASA 4)
PENGENALAN AKAUN MYSTR 2026
Akaun mySTR merujuk kepada akaun pengguna untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang merupakan platform dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan untuk rakyat membuat permohonan, mengemaskini maklumat dan menyemak status kelayakan permohonan STR.
Setiap pemohon atau penerima STR yang sedia ada perlu mendaftar akaun mySTR yang terbaru untuk STR 2026, walaupun sudah mempunyai akaun mySTR untuk tahun-tahun sebelumnya lagi.
Melalui akaun mySTR, pengguna boleh :
- Mengemukakan permohonan STR secara dalam talian.
- Kemaskini maklumat peribadi atau maklumat akaun bank terbaru.
- Log masuk dan semak status permohonan STR 2026.
*Nota : Jika pengguna terlupa kata laluan atau salah menjawab soalan keselamatan sebanyak tiga (3) kali, akaun mySTR akan disekat untuk sementara waktu dan boleh diakses semula selepas 24 jam.
JUMLAH BANTUAN MYSTR 2026
Semua 9 juta penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 juga akan terima bayaran tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah RM600 dan RM1,200. Manakala 1 juta penerima STR yang berdaftar eKasih akan terima tambahan SARA sebayak RM2,400 setahun.
Berikut merupakan jumlah Bantuan STR 2026 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2026 | TAMBAHAN SARA |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 : RM1,200 3-4 : RM1,700 >5 : RM2,200 | + RM1,200 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 : RM450 3-4 : RM700 >5 : RM950 | + RM1,200 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 | + RM600 |
Bujang | – | + RM600 |
CARA DAFTAR MYSTR 2026
Pemohon sedia ada yang telah mempunyai akaun perlu mendaftar akaun penggun mySTR yang baru 2026. Ikuti panduan lengkap cara daftar akaun mySTR 2026 seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
PANDUAN LOG MASUK MYSTR 2026
Selepas selesai daftar akaun mySTR, pemohon boleh log masuk akaun mySTR untuk semakan status, kemaskini permohon dan sebagainya. Ikuti cara log masuk akaun mySTR seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan: – Status Permohonan Str – Jumlah Telah Dibayar – Jumlah Bayaran Keseluruhan STR – Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah: – Perubahan Maklumat Permohonan – Cetak Permohonan – Semakan Permohonan – Kemas Kini Maklumat Asas – Tukar Kata Laluan – Maklumbalas – Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
PANDUAN PERMOHONAN MYSTR 2026
Bagi yang ingin kemukakan permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ikuti panduan permohonan yang baharu seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya menyediakan maklumat yang terkini berkaitan pendaftaran akaun mySTR untuk memudahkan carian. Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan akaun mySTR, rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.