CARA DAFTAR ECOSS – UNTUK BELI MINYAK MASAK SUBSIDI

CARA DAFTAR ECOSS – UNTUK BELI MINYAK MASAK SUBSIDI

Bagi mengelakkan berlaku ketirisan atau salahguna subsidi, Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan bahawa hanya rakyat Malaysia yang layak menikmati subsidi yang diberikan. Oleh itu, aplikasi eCOSS diguna pakai untuk mengawal minyak masak subsidi.

Bagaimanakah cara daftar eCOSS untuk beli minyak masak subsidi? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR SEMAK STATUS 2026 : KELAYAKAN PENERIMA FASA 3

APA ITU ECOSS?

ECOSS adalah singkatan dari ‘Electronic Cooking Oil Subsidy‘ yang merupakan sebuah sistem elektronik yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengawal pengedaran minyak masak bersubsidi hanya kepada rakyat Malaysia sahaja.

Dengan adanya sistem eCOSS ini, Kerajaan dapat mengelakkan berlaku penyelewengan dan ketirisan bekalan minyak masak kerana setiap transaksi jualan dan pembelian direkodkan secara digital daripada kilang, pembungkus, pemborong, peruncit berlesen dan sehingga ke pembeli / pengguna.

SYARAT LAYAK DAFTAR ECOSS

Namun, subsidi minyak masak (RM2.50 1kg) hanya terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Kuota Isi RumahTerhad maksimum :
1 – 2 paket 1kg sebulan
untuk setiap isi rumah
Lokasi PembelianDi premis berdaftar :
-Pasar mini
-Pasar raya
-Kedai runcit
yang berlesen dan
tersenarai dalam eCOSS
Pengguna SahSetiap pembelian perlu
mengesahkan identiti
melalui imbasan kod QR
(Wajah dan MyKad)
Lesen Pembungkusan / PeniagaSyarikat pembungkus
dan peniaga mesti
mendapatkan sijil
halal sebagai salah satu
syarat lesen jualan
minyak masak subsidi

CARA DAFTAR ECOSS

Setiap pemborong, peniaga dan pembeli / pengguna perlu mendaftar eCOSS untuk rekod penjualan dan pembelian minyak masak bersubsidi. Ikuti cara daftar yang mudah seperti berikut :

  • Panduan Cara Daftar eCOSS (Pemborong dan Peniaga) :
    1. Layari Portal Rasmi eCOSS di sini : https://ecoss.kpdn.gov.my/admin/login.
    2. Klik pada butang [Daftar Syarikat].
    3. Masukkan maklumat syarikat yang diperlukan dengan betul.
    4. Klik pada butang [Daftar] di bawah.
    5. Jika pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] semula akaun anda.
    6. Pilih daftar akaun sebagai [Pengilang / Pembungkus / Pemborong Baru].
    7. Lengkapkan maklumat perniagaan yang diperlukan dengan betul.
    8. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
    9. Setelah diluluskan, muat turun aplikasi eCOSS dalam telefon pintar untuk rekod setiap transaksi jualan.
    10. Selesai.

*NOTA : Rujuk manual pengguna untuk isi data jualan harian, nombor invois dan rekod transaksi penjualan.

  • Panduan Cara Daftar eCOSS (Pembeli / Pengguna) :
    1. Muat turun aplikasi eCOSS dalam telefon pintar anda.
    2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada pautan ‘Tiada Akaun? Daftar Baru’.
    4. Isikan maklumat-maklumat pengguna yang diperlukan dengan betul.
    5. Sahkan akaun anda dengan klik pada kotak [ ] pengesahan.
    6. Klik pada butang [Daftar].
    7. Anda akan menerima e-mel ‘Maklumat Log Masuk’.
    8. Lengkapkan proses pengesahan identiti dengan menggunakan MyKad secara e-KYC.
    9. Muat naik gambar MyKad hadapan dan belakang.
    10. Swafoto muka anda dengan jelas.
    11. Selesai.

CARA BELI MINYAK MASAK GUNA ECOSS

Mudah sahaja untuk beli minyak masak dengan harga subsidi (RM2.50 1kg minyak), Rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi eCOSS seperti berikut :

  1. Pergi ke premis yang berlesen dalam eCOSS (kedai runcit / pasar mini / pasar raya).
  2. Buka aplikasi eCOSS dalam telefon pintar anda.
  3. Imbas kod QR pada premis untuk pengesahan pembelian minyak masak paket subsidi.
  4. Ambil minyak masak subsidi 1 – 2 paket 1kg yang anda perlukan.
  5. Bayar dengan harga subsidi (RM2.50 untuk setiap 1kg paket minyak masak).
  6. Rekod pembelian akan disimpan dalam sistem eCOSS secara digital untuk pantuan KPDN.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala informasi berkaitan eCOSS adalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eCOSS. Untuk dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan eCOSS, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ecoss.kpdn.gov.my/hebahan_mobile_ecoss.

Leave a Comment