CARA CHECK STATUS MYKASIH (2025 BANTUAN)
MyKasih ialah satu program bantuan tanpa tunai (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan asas golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40. Melalui sistem ini, penerima boleh menyemak status MyKasih secara online untuk memantau status dan baki MyKasih dalam kad MyKad.
Teruskan membaca artikel ini di bawah untuk mengetahui maklumat lebih terperinci berkaitan Bantuan MyKasih 2025, cara check status, senarai barang terbaru dan maklumat penting yang lain.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KREDIT & TEMPOH SAH MYKASIH
Bantuan MyKasih RM100 (One-off) telahpun dikreditkan dalam MyKad 22 juta penerima yang layak secara automatik bermula 31 Ogos 2025.
🗓️ Garis Masa SARA MyKasih RM100 (One-off)
- 31 Ogos 2025 : Bantuan SARA MyKasih RM100 dikreditkan dan boleh digunakan ✅
- Boleh semak kelayakan dan gunakan kredit RM100 pada bila-bila masa di premis terpilih seluruh Malaysia (1 – 31 Disember 2025).
- 31 Disember 2025 : Bantuan SARA MyKasih tamat tempoh dan tidak boleh digunakan.

- 🔔 Gunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025 kerana baki tidak akan dibawa ke tahun berikutnya.
- ❌ Tidak dibenarkan membuat pengeluaran tunai dan penerima hanya boleh menggunakan Bantuan MyKasih guna MyKad di kedai-kedai terpilih sahaja.
- ⏳ Kredit sah digunakan dari 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
- 📄 Simpan resit setiap pembelian untuk bukti transaksi kredit MyKasih.

CHECK KELAYAKAN MYKASIH
Layari laman SARA MyKasih https://www.sara.gov.my/ klik pada [Semak Kelayakan] dan masukkan nombor MyKad anda.
Penerima SARA MyKasih mestilah berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Tersenarai dalam pangkalan data kerajaan seperti eKasih.
- Tergolong dalam kumpulan pendapatan rendah (B40 dan M40).
CHECK 14 KATEGORI BARANG MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad setiap bulan / one-off boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan berdasarkan kategori yang ditetapkan. Berikut merupakan 14 kategori barang MyKasih yang diluluskan :
BIL. | KATEGORI BARANG | CONTOH BARANG |
---|---|---|
1. | Beras | Beras bungkusan (Jati, Jasmine dan lain-lain) |
2. | Telur | Telur ayam Gred A-C |
3. | Roti | Roti putih, roti gandum, roti sandwich |
4. | Minyak masak | Minyak sawit, minyak sayuran |
5. | Biskut | Biskut krim, biskut kering |
6. | Mi Segera | Mi segera cawan atau bungkusan |
7. | Tepung | Tepung gandum untuk memasak |
8. | Minuman | Milo, Kopi, teh, susu tepung |
9. | Bahan perasa | Gula, garam, sos, rempah ratus |
10. | Makanan dalam tin | Tuna, sardin, kacang panggang |
11. | Barang penjagaan diri | Ubat gigi, tuala wanita, sabun mandi, shampoo |
12. | Ubat tanpa preskripsi | Panadol, ubat batuk |
13. | Keperluan sekolah | Alat tulis, pakaian seragam, kasut sekolah |
14. | Barang kebersihan rumah | Sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, pencuci lantai |
APA ITU MYKASIH?
MyKasih adalah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan keperluan asas melalui pembayaran yag terus dikreditkan dalam MyKad.
Bantuan MyKasih bukan sahaja mengurangkan tekanan kewangan, malah juga dapat menampung keperluan asas keluarga pada setiap bulan dan sepanjang tahun 2025.
KATEGORI PENERIMA MYKASIH
Berikut merupakan kategori penerima yang layak terima Bantuan MyKasih 2025 :
- Penerima MyKasih Setiap Bulan :
- Isi Rumah (STR & eKasih) : keluarga yang merupakan penerima STR dan berdaftar dalam sistem eKasih.
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : Individu yang merupakan penerima STR dan berdaftar dalam sistem eKasih.
- Bujang (STR & eKasih) : Individu bujang yang layak terima STR da berdaftar dalam sistem eKasih.
- Isi Rumah (STR sahaja) : Keluarga yang merupakan penerima STR.
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) : Individu yang layak terima STR.
- Penerima MyKasih One-Off :
- Semua penerima MyKasih setiap bulan (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang).
- Rakyat Malaysia 18 tahun dan ke atas.
CARA CHECK STATUS MYKASIH
Untuk mengetahui status kelayakan Bantuan MyKasih, berikut adalah panduan cara check status MyKasih online :
- Layari Portal Rasmi MyKasih
- Pergi ke laman rasmi semakan MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Maklumat Peribadi
- Masukkan nombor MyKad dengan tepat dan lengkapkan kod Captcha.
- Check Status dan Baki Bantuan
- Sistem akan memaparkan status kelayakan, jumlah bantuan yang diterima dan baki yang ada dalam MyKad.
CHECK STATUS MYKASIH MELALUI APLIKASI
Penerima boleh juga check status melalui aplikasi dengan memuat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store untuk kemudahan check status dari telefon bimbit. Aplikasi MyKasih menyediakan antara muka yang mudah dan kemas untuk memantau baki dan lokasi kedai berdaftar.
JADUAL BAYARAN MYKASIH
Berikut adalah jadual pembayaran Bantuan MyKasih bulanan untuk tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN JAN – MAC | BAYARAN APR – DIS |
---|---|---|
Isi Rumah STR & eKasih | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
Warga Emas STR & eKasih | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
Bujang STR & eKasih | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
Isi Rumah STR sahaja | – | RM100 sebulan |
Warga Emas STR sahaja | – | RM50 sebulan |
*Nota : Pembayaran biasanya dikreditkan pada setiap 1 hari bulan pada setiap bulan ke dalam MyKad penerima.
KEDAI BERDAFTAR MYKASIH
Penerima yang layak boleh menggunakan Mykasih di lebih 7,300 kedai berdaftar MyKasih seluruh Malaysia. Antara kedai yang berdaftar adalah :
- Mydin.
- Giant.
- 99 Speedmart.
- Econsave.
- KK Supermart.
*Setiap kedai yang berdaftar mempunyai sistem MyKasih yang bersepadu.
CARA MENGGUNAKAN MYKASIH
Setelah Bantuan MyKasih dikreditkan dalam MyKad, penerima yang layak boleh menggunakannya seperti berikut :
- Pergi ke kedai runcit / pasar raya / pasar mini yang berdaftar menyokong program MyKasih.
- Pilih barangan keperluan yang tersenarai MyKasih.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan bayaran.
- Resit akan diberikan sebagai bukti transaksi.
RUJUKAN LANJUT
Semua maklumat yang ditulis dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya dari Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800
- e-Mel : [email protected]