CARA CHECK SARA : RM100 ONE OFF 2025
Kira-kira lebih 70 peratus (%) daripada rakyat Warganegara Malaysia yang akan menerima inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dibayar RM100 secara One-Off (sekaligus) setiap seorang penerima dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.
Bagaimanakah cara check SARA One Off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH CHECK SARA
Portal Rasmi untuk check status penerima SARA One-Off akan dibuka pada tarikh berikut :
- Bermula 21 Ogos 2025, Khamis.
CARA CHECK SARA
Anda boleh check status sebagai penerima SARA One-Off melalui pautan Portal Rasmi seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sini : https://mykasih.com.my.
- Pada halaman utama Portal Rasmi tersebut, layarkan skrin.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Check Status‘ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor ‘Kad Pengenalan’ pada ruang yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Check Status] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH KREDIT SARA
Bantuan SARA One-Off akan dikreditkan secara serentak pada tarikh berikut :
- 31 Ogos 2025, Ahad (Sempena Hari Kemerdekaan Ke-68).
SYARAT PENERIMA SARA
Namun, Bantuan SARA One-Off hanya diberikan kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumu 18 tahun dan ke atas;
- Bujang / Berkeluarga / Warga Emas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
CARA GUNA SARA
Setelah Bantuan SARA dikreditkan dalam Kad Pengenalan anda, ikuti cara guna / beli seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN Kad Pengenalan.
- Bayaran menggunakan Kad Pengenalan akan disahkan dan resit akan diberikan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.