Cara Check Baki Sara – Panduan Lengkap Semakan Duit Bantuan RM100 One Off
Program Penghargaan Sara One-Off dibayar secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan perlu digunakan untuk pembelian barangan asas secara tanpa tunai. Oleh itu, lebihan baki Bantuan Sara yang ada hanya boleh disemak secara online sahaja.
Bagaimanakah cara check baki Bantuan Sara? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : TARIKH BAYARAN SARA RM100 – ADAKAH ANDA LAYAK JOM SEMAK KELAYAKAN!
Jumlah Bantuan Sara One Off
Setiap penerima akan menerima Bantuan Sara One-Off dengan jumlah yang sama seperti berikut :
- Bujang :
- RM100 setiap seorang.
- Isi Rumah :
- RM100 suami; dan
- RM100 isteri.
- Warga Emas :
- RM100 setiap seorang.
Tarikh Sah Guna Sara One Off
Bantuan Sara One-Off RM100 sah digunakan selama tempoh empat (4) bulan mengikut tarikh berikut :
- Bermula 31/08/2025 (Ahad) sehingga 31/12/2025 (Rabu)
Cara Check Baki Sara
Oleh kerana Bantuan Sara dikreditkan dalam MyKad, baki yang ada hanya boleh disemak (check) seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Check Status Penerima Sara
Berikut merupakan panduan cara Check Status Penerima Sara One-Off :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini :
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih :
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya anda ‘Layak’, anda akan dipaparkan status seperti berikut :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
Rujukan
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara One Off, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 7720 1800.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.