CARA CEK MYKASIH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SARA

CARA CEK MYKASIH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SARA

Sebulan sekali 5.4 juta individu yang disahkan kelayakan dalam MyKasih akan menerima pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui kad pengenalan (MyKad). Malah penerima sedia ada juga akan menerima kredit tambahan yang akan diberikan sebagai tanda penghargaan oleh Kerajaan MADANI.

Bagaimanakah cara cek MyKasih? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 IC : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH KREDIT MYKASIH 2025

Bantuan SARA akan disalurkan dengan jumlah sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
BANTUAN SARA
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
JUMLAH KREDIT
BANTUAN SARA
(ASAS BUKAN MISKIN)
ISI RUMAHRM100 – RM200
setiap bulan
sehingga
RM2,100 setahun
RM100
setiap bulan
sehingga
RM900 setahun
WARGA EMAS
(tiada pasangan)
RM100 – RM150
setiap bulan
sehingga
RM1,650 setahun
RM50
setiap bulan
sehingga
RM450 setahun
BUJANGRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
*Tambahan sebanyak RM100 setiap seorang dibayar sekaligus.

JADUAL KREDIT MYKASIH 2025

Bantuan SARA MyKasih dikreditkan mengikut jadual berikut :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
PENGKREDITAN
15 JANUARI 2025
HINGGA
1 MAC 2025
PENGKREDITAN
1 APRIL 2025
HINGGA
1 DISEMBER 2025
Isi Rumah
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 sebulanRM200 sebulan
Isi Rumah
(Asas Bukan Miskin)
RM100 sebulan
Warga Emas
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 sebulanRM150 sebulan
Warga Emas
(Asas Bukan Miskin)
RM50 sebulan
Bujang (Miskin & Miskin Tegar)RM50 sebulanRM50 sebulan
*Pengkreditan tambahan (sekaligus) pula pada 31 Ogos 2025.

CARA CEK STATUS MYKASIH 2025

Bagi yang ingin mengetahui status sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti cara cek melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA CEK BAKI MYKASIH 2025

Bagi yang ingin mengetahui baki Bantuan SARA yang ada dalam kad pengenalan pula, ikuti cara cek baki melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play bagi pengguna Android; atau
    • App Store bagi pengguna iOS.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TEMPOH BANTUAN SARA MYKASIH

Sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan SARA dalam kad pengenalan pada bulan semasa, baki yang ada akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama pada bulan seterusnya. Namun, ianya sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

Penerima yang layak disarankan membuat pembelian pada setiap bulan dan sebelum pada 31 Disember 2025. Sekiranya tidak digunakan, baki akan luput dan akan diagihkan semula kepada golongan rentan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment