CARA CEK DUIT DALAM IC : SEMAK BAKI & BAYARAN SARA MYKASIH
Elaun bulanan SARA yang dikreditkan ke IC untuk membeli barangan keperluan asas boleh digunakan sepanjang tahun dimana baki yang tidak habis digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya dan sah sehingga akhir program.
Bagaimanakah cara cek duit dalam IC? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN MYKASIH PDF DOWNLOAD : CARA REGISTER & DAFTAR
KELAYAKAN PENERIMA DUIT DALAM IC
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Tambahan SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
JUMLAH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TAMBAHAN ONE-OFF (OGOS 2025) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TAMBAHAN ONE-OFF (OGOS 2025) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN BULANAN | TARIKH BAYARAN ONE-OFF (SEKALI BAYARAN) |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Januari sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Lulus STR Sahaja | April sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa, dan SAH sehingga 31 Disember 2025. Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program akan luput secara automatik.
CARA CEK DUIT DALAM IC
Maklumat Bayaran boleh disemak secara online seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA; dan
- Aplikasi MyKasih
Semakan di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Maklumat Pembayaran SARA akan dipaparkan.
- Selesai.

KEGUNAAN DUIT BANTUAN
Bantuan SARA yang disalurkan ke dalam Mykad/IC (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025
SENARAI KEDAI BOLEH GUNA DUIT DALAM IC
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILH
CARA GUNA DUIT DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Apa itu SARA?
- SARA adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
- Adakah perlu memohon SARA?
- Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
- Adakah SARA boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
- Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit SARA?
- Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]