CARA BAYAR GUNA SARA : PANDUAN LENGKAP BELI BARANG MYKASIH GUNA IC MUDAH DAN CEPAT

CARA BAYAR GUNA SARA : PANDUAN LENGKAP BELI BARANG MYKASIH GUNA IC MUDAH DAN CEPAT

Bagi memudahkan rakyat menerima bantuan, Kerajaan MADANI menyediakan inisiatif bayaran secara tanpa tunai (cashless) dengan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui IC yang boleh digunakan untuk pembayaran barangan keperluan asas yang mudah, cepat dan selamat.

Bagaimanakah cara bayar guna SARA? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA CHECK DUIT DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP CEK BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100

CARA BAYAR GUNA SARA

Berikut merupakan panduan lengkap cara bayar barang keperluan guna Bantuan SARA dalam IC yang mudah dan cepat :

  1. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  2. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  3. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  4. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
  5. Bayaran menggunakan IC akan disahkan.
  6. IC berserta resit bayaran akan diberikan.

SENARAI BARANG BOLEH BAYAR GUNA SARA

Berikut merupakan antara produk barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan SARA dalam IC :

  • Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
  • Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
  • Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
  • Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
  • Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
  • Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
  • Makanan dalam tin :
    • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
  • Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
  • Produk kebersihan :
    • Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
  • Barangan persekolahan :
    • Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) :
    • Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.

TARIKH BOLEH BAYAR GUNA SARA

Setiap penerima boleh mula menggunakan Bantuan SARA untuk beli barang keperluan asas dengan IC pada tarikh seperti jadual berikut :

TARIKH MULA GUNA SARATARIKH AKHIR GUNA SARA
31 Ogos 2025 (Ahad)31 Disember 2025 (Rabu)

KADAR BELI BARANG GUNA SARA

Pembelian barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan SARA hendaklah tidak melebihi kadar yang dimasukkan dalam IC seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN SARA
ISI RUMAHRM100 suami
dan
RM100 isteri
BUJANGRM100 setiap seorang
WARGA EMASRM100 setiap seorang

SENARAI KEDAI BOLEH BAYAR GUNA SARA

Terdapat lebih 7,300 kedai serta pasar raya yang menerima bayaran menggunakan Bantuan SARA, antaranya ialah :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.

*Dan pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA RM100 :

  1. Adakah boleh beli barang selain keperluan asas menggunakan Bantuan SARA dalam IC?
    • Tidak boleh. Penerima yang boleh membeli barang keperluan asas mengikut yang disenaraikan sahaja.
  2. Apakah perlu dilakukan sekiranya pembelian melebihi kadar Bantuan SARA Dalam IC?
    • Penerima perlu meletakkannya kembali atau membuat bayaran secara tunai sendiri.
  3. Adakah bayaran Bantuan SARA RM100 hanya sekali atau setiap bulan?
    • Bayaran Bantuan SARA RM100 hanyalah sekali sehaja kepada 22juta rakyat.
  4. Adakah perlu kemukakan permohonan Bantuan SARA RM100?
    • Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas dirujuk berdasarkan laman Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment