SEMAKAN BUDI95 : KELAYAKAN, BAKI KOUTA, PERMOHONAN RON95

SEMAKAN BUDI95 : KELAYAKAN, BAKI KOUTA, PERMOHONAN RON95

BUDI MADANI RON95 (BUDI95) ialah merupakan inisiatif subsidi minyak petrol RON95 bersasar yang baru sahaja dilancarkan oleh Kerajaan MADANI bermula pada 30 September 2025 yang mana pemegang MyKad yang mempunyai lesen memandu layak isian minyak serendah RM1.99 seliter dan terhad 300 liter subsidi setiap bulan.

Status kelayakan, baki kuota dan sebagainya boleh disemak di stesen minyak atau secara online melalui laman web rasmi BUDI MADANI atau aplikasi syarikat minyak seperti Setel CaltexGo, Petron dan e-Wallet Touch n Go (TnG).

Baca artikel ini lebih lanjut untuk mengetahui tentang BUDI95 serta panduan-pandua semakan kelayakan dan baki kuota pembelian petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter.

BACA JUGA : SEMAKAN DUIT MYKASIH (ONLINE)

BUDI95

PENGENALAN BUDI95

BUDI 95 atau rasminya BUDI MADANI RON95 adalah sebuah inisiatif program pelaksanaan penurunan harga petrol RON95 daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 khusus untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kadar pendapatan.

Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan subsidi benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia dan demi menggelakkan berlaku ketirisan dan pembaziran subsidi kepada bukan warganegara Malaysia.

Berikut merupakan singkatan pengenalan BUDI 95 :

  • Harga Subsidi minyak Petrol RON95 untuk rakyat Malaysia RM1.99 seliter mulai 30 September 2025.
  • Kuota minimum : 300 liter seorang setiap bulan (akan diperbaharui setiap bulan).
  • Rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas serta mempunyai lesen memandu sah dan aktif.

SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95

Bagi memudahkan rakyat mengetahui status kelayakan, semakan boleh dilakukan dengan memasukan Nombor MyKad melalui tiga (3) cara, iaitu melalui :

  • Portal Rasmi BUDI MADANI RON95; atau
  • Pusat Khidmat Pelanggan BUDI 95; atau
  • Aplikasi Setel, Touch n Go, CaltexGo (selepas verifikasi identiti).

Ikuti cara semakan status kelayakan melalui laman web Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 di sini :https://www.budi95.gov.my/landing.
  2. Halaman utama BUDI95 akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Bahagian semakan kelayakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Status “LAYAK” akan dipaparkan kepada yang layak dan “Sebab-sebab Tidak Layak” kepada yang tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  8. Selesai.

SEMAK BAKI KUOTA

Kuota subsidi minyak Petrol RON95 diberikan sebanyak 300 liter setiap seorang penerima dan akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1 hari bulan. Bagi menggelakkan berlaku lebihan atau ketidakcukupan kuota, baki boleh disemak melalui tiga (3) cara berikut :

PANDUAN SEMAK BAKI KUOTA MELALUI PORTAL

  1. Layari Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
  2. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  3. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  5. Baki kuota akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA SEMAK BAKI KUOTA MELALUI SETEL

  1. Muat turun aplikasi ‘Setel’ bagi syarikat minyak Petronas.
  2. Daftar akaun anda dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Lakukan verifikasi identiti untuk sahkan sebagai penerima BUDI 95.
  4. Klik pada [Check Eligibility].
  5. Baki kuota subsidi akan dipaparkan.
  6. Selesai.

*Selain untuk semak status dan kuota, anda boleh guna aplikasi Setel untuk isian minyak yang lebih mudah dan cepat tanpa perlu beratur di kaunter.

CARA SEMAK BAKI KUOTA MELALUI TNG

  1. Muat turun aplikasi Touch n Go (TnG).
  2. Daftarkan akaun dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Setelah selesai daftar.
  4. Lengkapkan verifikasi identiti anda.
  5. Kemudian, klik pada ikon [BUDI95].
  6. Status kelayakan dan baki kuota akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Untuk isian minyak lebih mudah di mana-mana syarikat stesen minyak, anda juga boleh gunakan aplikasi Touch n Go.

CARA ISI MINYAK GUNA BUDI95

Bagi memudahkan penerima yang layak membuat isian minyak petrol RON95 dengan subsidi RM1.99 seliter, kami menyediakan panduan cara isi minyak dengan menggunakan subsidi BUDI 95 yang mudah dan cepat seperti berikut :

  1. Pergi ke stesen minyak terdekat.
  2. Masukkan MyKad pada pembaca kad di mesin pam; atau
  3. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Bayar mengikut liter yang anda mahukan.
  5. Isi minyak seperti biasa.
  6. Semak resit untuk baki kuota subsidi.
  7. Selesai.

KUOTA SUBSIDI PETROL RON95, BERAPA BOLEH ISI?

Bagi yang belum mengetahui kadar penjimatan yang dapat dengan subsidi BUDI95, baca lebih lanjut di bawah :

Sekiranya anda ingin membuat isian minyak petrol RON95 dengan RM50, harga akan dipaparkan sebanyak RM65.33, tetapi anda hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM50 sahaja dan paparan harga tersebut hanya kiraan harga runcit semasa tanpa subsidi.

Berikut merupakan perbezaan harga dengan subsidi dan tanpa subsidi bagi setiap liter :

HARGA MINYAK
DENGAN SUBSIDI
(RM1.99/LITER)
JUMLAH LITER
MINYAK
HARGA MINYAK
TANPA SUBSIDI
(RM2.60/LITER)
RM105.025 literRM13.07
RM5025.125 literRM65.33
RM10050.251 literRM130.65
*300 liter kuota subsidi bersamaan RM597 sebulan. Sekiranya anda melebihi kuota 300 liter, anda perlu membuat isian minyak tanpa susbidi iaitu RM2.60 seliter.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95

  1. Bolehkah saya buat isian minyak kereta ibu/bapa saya yang tiada lesen guna subsidi yang saya dapat kerana saya mempunyai lesen?
    • Ya boleh tetapi hanya pemilik MyKad sahaja boleh buat isian dan tidak dibenarkan meminjamkan MyKad kepada orang lain.
  2. Bagaimanakah cara untuk isi minyak menggunakan susbidi BUDI95 ini dengan harga RM1.99 seliter?
    • Penerima yang layak hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi iaitu RM1.99 seliter dan pastikan cip MyKad berfungsi dengan baik untuk pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
  3. Bagaimanakah sekiranya MyKad gagal dibaca dan tidak dapat membuat isian minyak guna subsidi?
    • Anda perlu segera membuat gantian MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat dan boleh terus buat isian minyak di stesen minyak terdekat.
  4. Adakah saya hanya boleh buat isian minyak petrol guna subsidi RM1.99 seliter sekali sehari sahaja?
    • Tidak, tiada sekatan untuk isian minyak dengan subsidi lebih daripada sekali dalam sehari.
  5. Adakah saya juga perlu membawa lesen memandu untuk isi minyak guna Subsidi RM1.99 seliter?
    • Penerima hanya perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad sahaja dan lesen memandu perlulah aktif dan tidak luput.
  6. Syarikat minyak mana yang boleh tebus subsidi BUDI95?
    • Semua syarikat minyak di Malaysia iaitu Petronas, Shell, Petron, Caltexm, BHPetrol, 5FIVE, Xcel, Petros, BuraqOil dan Smart.
  7. Bolehkah saya buat isian minyak terlebih dahulu sebelum membuat bayaran?
    • Tidak boleh kerana sistem pembelian minyak petrol guna subsidi BUDI95 perlu disahkan dan buat bayaran dahulu supaya harga minyak dan baki kuota dapat digunakan dengan jelas dan tepat.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dihuraikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 dan dikongsikan bagi memudahkan capaian orang ramai berkaitan subsidi BUDI95. Bagi yang mempunyai pertanyaan atau untuk ketahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Khidmat Pelanggan BUDI MADANI : 1300-88-9595.
  • Talian ChatBox : +603-2631 4595
  • Laman Web BUDI MADANI RON95 : www.budimadani.gov.my

Leave a Comment