BUDI MADANI RON95 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kira-kira seramai 16 juta rakyat dewasa disahkan layak untuk menerima manfaat subsidi minyak RON95 secara bersasar melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan harga RM1.99 seliter di mana-mana stesen minyak berdaftar seluruh Malaysia.
Semak status kelayakan penerima, tarikh pelaksanaan dan info lebih terperinci berkaitan BUDI MADANI RON95 di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN DUIT DALAM IC : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN

PENGENALAN BUDI MADANI RON95
Perdana Menteri telah mengotakan komitmen untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter dengan memperkenalkan BUDI MADANI RON95 sebagai sistem subsidi bersasar khas untuk manfaat rakyat Malaysia.
Dengan membuat pengesahan MyKad sebagai rakyat Warganegara Malaysia, individu dapat membeli minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter. Namun, Bukan Warganegara Malaysia pula perlu membayar minyak petrol RON95 dengan harga baharu iaitu sekitar RM2.60 seliter.
PERBEZAAN HARGA RON95
Berikut merupakan perbezaan harga minyak petrol RON95 kini, selepas subsidi untuk rakyat Malaysia dan harga baharu untuk bukan Warganegara Malaysia :
- Harga Kini : RM2.05 seliter.
- Harga Subsidi (Warganegara) : RM1.99 seliter.
- Harga Baharu (Bukan Warganegara) : RM2.60 seliter.
HAD PENGGUNAAN BUDI MADANI RON95
Setiap penerima yang merupakan Warganegara Malaysia diberikan had penggunaan subsidi BUDI MADANI RON95 setiap bulan sebanyak 300 liter dan kuota akan diperbaharui pada setiap bulan. Untuk pekerja gig (seperti e-hailing) tiada had penggunaan dan perlu memohon kelayakan tambahan untuk pengecualian.
TARIKH KUATKUASA BUDI MADANI RON95
Subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh digunakan secara berperingkat mengikut jenis penerima bermula pada tarikh berikut :
| JENIS PENERIMA | TARIKH MULA PELAKSANAAN |
|---|---|
| Anggota Polis & Tentera | Bermula 27 September 2025 |
| Penerima STR Golongan B40 | Bermula 28 September 2025 |
| Semua rakyat Warganegara Malaysia | Bermula 30 September 2025 |
SYARAT KELAYAKAN
Seramai 16 juta rakyat Malaysia layak untuk guna subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Berikut merupakan syarat kelayakan penerima :
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai MyKad;
- Lesen Memandu sah dan aktif;
- Belia seawal usia 16 tahun dan ke atas.
SEMAKAN STATUS BUDI MADANI RON95
Status kelayakan sebagai penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi BUDI MADANI di sini : https://www.budimadani.gov.my/.
- Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Pilih [BUDI MADANI RON95] untuk semakan kelayakan.
- Seterusnya, klik pada butang [BUDI95 Individu].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Kelayakan’.
- Masukkan MyKad tanpa jarak (-) pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan] di bawah.
- Status anda dipaparkan “LAYAK” sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
- Selesai.
Selain semakan di Portal Rasmi BUDI MADANI, rakyat juga boleh buat semakan di aplikasi syarikat minyak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi syarikat minyak seperti :
- Setel;
- CaltexGo;
- Bonuslink;
- Touch n Go (TnG);
- Sebagainya.
- Daftar akaun anda.
- Muat naik gambar MyKad (jika perlu).
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sahkan akaun anda.
- Seterusnya, klik pada ikon BUDI95.
- Semak kelayakan anda.
- Status akan dipaparkan “Layak” bersama baki kuota 300 liter.
- Selesai.
CARA BELI PETROL RON95 GUNA BUDI MADANI
Individu yang layak boleh membuat pembelian minyak petrol RON95 RM1.99 seliter dengan menggunakan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) seperti berikut :
- Pergi ke stesen minyak yang berhampiran anda.
- Bagi bayaran di Pam :
- Masukkan MyKad pada mesin bayaran di pam untuk pengesahan penerima subsidi.
- Bagi bayaran di kaunter :
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima subsidi.
- Kemudian, buat bayaran mengikut liter yang ingin diisi (RM1.99/liter).
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95
Beberapa soalan lazim (faq) berkaitan BUDI MADANI RON95 yang sering menjadi persoalan para penerima adalah seperti berikut :
- Adakah rakyat yang Bukan Warganegara Malaysia mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter?
- Tidak boleh. Bukan Warganegara Malaysia perlu membeli minyak petrol RON95 dengan harga baharu iaitu sebanyak RM2.60 seliter (tanpa subsidi).
- Bagaimanakah cara daftar BUDI MADANI RON95?
- Tiada sebarang pendaftaran perlu dibuat kerana ianya diberikan secara automatik kepada rakyat yang layak.
- Berapakah had liter bagi pembelian minyak petrol RON95 RM1.99 seliter?
- Setiap individu dihadkan sehingga 300 liter sahaja sebulan. Sekiranya melebihi had, individu perlu membuat bayaran mengikut harga pasaran semasa.
- Adakah pekerja gig juga dikenakan had sebanyak 300 liter sebulan?
- Pekerja gig seperti penghantar makanan dan e-hailing perlu memohon untuk pengecualian had.
- Adakah guna MyKad sahaja rakyat dapat minyak petrol RON95 secara percuma?
- Tidak, MyKad digunakan untuk pengesahan penerima subsidi BUDI MADANI dan penerima perlu membayar setiap liter yang diinginkan dengan harga RM1.99 seliter.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat-maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini berkaitan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Untuk maklumat lanjut dan terperinci, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/