BUDI MADANI RON95 (SEMAK KELAYAKAN PENERIMA)
Menurut Perdana Menteri, Bantuan Budi Madani yang dilaksanakan membawa penjimatan sebanyak RM4 billion dan berjaya mengekang ketirisan subsidi akibat aktiviti penyeludupan dan salahguna subsidi. Bantuan Budi Madani sekaligus dapat memberi manfaat kepada rakyat yang layak.
Ketahui kelayakan penerima dan info lebih lanjut berkaitan Budi Madani RON95 di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN DUIT DALAM IC : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN

APA ITU BUDI MADANI RON95?
Bantuan Budi Madani adalah sebuah inisiatif subsidi bersasar yang dilaksanakan untuk minyak Diesel sahaja dan bukanlah minyak Petrol RON95. Inisiatif Budi Madani dengan memberikan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan untuk rakyat yang layak bagi menampung kos pengisian minyak Diesel.
Untuk minyak Petrol RON95 pula, Kerajaan Madani akan menurunkan kadar harga daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter. Namun, tidak semua akan menerima manfaat ini kerana ianya dilaksanakan sebagai subsidi bersasar kepada rakyat yang layak sahaja.
SIAPA YANG LAYAK?
Inisiatif subsidi minyak Petrol RON95 sebanyak RM1.99 seliter akan dinikmati oleh kira-kira seramai 18 juta rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Pemandu Kereta;
- Penunggang Motorsikal;
- Bermula umur 16 tahun dan ke atas;
- Pekerja gig (seperti penghantr makanan dan penunggang e-hailing).
KELEBIHAN BUDI MADANI RON95
Terdapat pelbagai kelebihan yang dapat sekitar Kerajaan melaksanakan Subsidi RON95 kepada rakyat dan negara. Antara kelebihan yang dapat adalah :
- Membantu menampung kos pengisian minyak Petrol RON95;
- Meringankan bebanan kewangan dan sara hidup rakyat;
- Mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi;
- Dapat mengoptimumkan sumber negara bagi manfaat rakyat;
- Dapat mengurangkan pembaziran subsidi.
TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI RON95
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter dijangka akan mula dilaksanakan pada penghujung bulan September ini. Namun, tarikh pelaksanaan akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
CARA DAPAT SUBSIDI RON95
Bagi memastikan anda dapat menggunakan Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter, pastikan MyKad (Kad Pengenalan) anda tidak rosak cip dan boleh diimbas untuk pengesahan di kaunter-kaunter stesen minyak terdekat.
Sekiranya cip MyKad (Kad Pengenalan) rosak atau anda tiada MyKad (Kad Pengenalan), anda tidak boleh menggunakan Subsidi minyak Petrol RON95 RM1.99 seliter dan anda perlu membayarnya dengan harga asal iaitu sebanyak RM2.05 seliter.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95
Berikut merupakan soalan lazim dan jawapan berkaitan Bantuan Subsidi RON95 :
- Adakah minyak Petrol RON95 diberikan secara percuma melalui MyKad?
- Tidak. Kerajaan hanya menyediakan subsidi RON95 dengan penurunan sebanyak RM0.06sen bersamaan RM1.99 seliter dan penerima perlu membayarnya sendiri mengikut liter yang diinginkan.
- Bolehkah individu bukan Warganegara Malaysia juga terima subsidi RON95 RM1.99 seliter?
- Tidak boleh. Individu bukan Warganegara Malaysia perlu membayar harga minyak Petrol RON95 dengan harga asal iaitu RM2.05 seliter.
- Bilakah boleh guna subsidi RON95 RM1.99 seliter?
- Pihak Kerajaan Madani akan mengumumkan tarikh pelaksanaan Subsidi RON95 dalam masa terdekat.
- Bolehkah guna subsidi RON95 RM1.99 seliter sekiranya MyKad rosak?
- Penerima perlu menukar MyKad di JPN terdekat.
- Adakah perlu kemukakan permohonan untuk subsidi RON95?
- Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya berikan khas kepada rakyat Malaysia.
- Dimanakah stesen minyak yang boleh guna subsidi RM1.99 seliter?
- Di semua stesen minyak seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Dalam artikel ini, kami hanya memberikan informasi terkini berkaitan bantuan-bantuan oleh Kerajaan sahaja yang dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof.