BORANG PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2026 (RM1200 & RM2400 & RM600 BANTUAN SARA BARU)

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2026 (RM1200 & RM2400 & RM600 BANTUAN SARA BARU)

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 ditambah baik dengan peningkatan kadar bayaran kepada golongan miskin dan miskin tegar sehingga dua kali ganda berbanding tahun sebelum ini bagi memenuhi keperluan asas penerima.

Bagaimanakah borang permohonan bantuan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: KADAR BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK SEGERA JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG DIKREDIT MASUK KEPADA PEMOHON YANG LULUS FASA 1

BANTUAN MYKASIH 2026

Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan secara tanpa tunai melalui bantuan barangan asas yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui kerjasama MyKasih Foundation, sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Program bantuan MyKasih dilaksanakan seperti berikut :

  • Bantuan setiap bulan dalam tempoh 12 bulan;
  • Secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalana) penerima;
  • Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA.
  • Boleh didapatkan di pasar raya atau kedai runcit yang berdaftar;
  • Contoh : Makanan minuman, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026

Syarat Kelayakan MyKasih (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026

Jumlah Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, akan disalurkan seperti berikut :

  • SARA eKasih (Penerima STR dan eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM2,400 RM200 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800RM150 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM1,200RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
  • SARA STR (Bukan eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM1,200RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2026

Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak memerlukan sebarang permohonan, di mana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.

Untuk menerima bantuan MyKasih, anda hanya perlu membuat permohonan seperti :

  • Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – untuk permohonan baharu dan sekiranya belum pernah menerima STR; dan
  • Pendaftaran Sistem eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar – sekiranya pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

PERMOHONAN BANTUAN STR 2026

Panduan lengkap permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

PENDAFTARAN EKASIH

Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment