BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA RAHMAH)
Program MyKasih yang mengendalikan pemberian Bantuan SARA Rahmah akan dilaksanakan lagi untuk tahun 2026 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup untuk tahun 2026.
Bagaimanakah cara isi borang pendaftaran MyKasih? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
CARA KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih bakal dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) terus ke dalam Kad Pengenalan diri penerima pada setiap bulan dan one-off (sekaligus). Setiap penerima yang layak boleh menggunakan kredit tersebut untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) guna Kad Pengenalan diri.
KADAR KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026
Kadar Bantuan MyKasih akan dikreditkan setiap bulan dan one-off bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima miskin atau asas seperti berikut :
- Penerimaan Kredit Bantuan MyKasih Setiap Bulan :
| KATEGORI | KADAR KREDIT PENERIMA MISKIN | KADAR KREDIT PENERIMA ASAS |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
| WARGA EMAS | RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
| BUJANG | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
- Penerimaan Kredit Bantuan MyKasih One-Off :
| KATEGORI | KADAR KREDIT SEMUA RAKYAT DEWASA |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM100 One-off |
| WARGA EMAS | RM100 One-off |
| BUJANG | RM100 One-off |
SYARAT PENDAFTARAN MYKASIH 2026
- Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan serta daftar eKasih (penerima Miskin); atau
- Pendapatan bermula RM2,500 hingga RM5,000 sebulan (penerima Asas);
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
- Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih one-off :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Tiada had pendapatan;
- Terbuka kepada semua rakyat dewasa Malaysia.
BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026
MyKasih tidak mengeluarkan mana-mana borang perdaftaran permohonan. Namun, untuk mendapatkan Bantuan MyKasih, anda perlu mengisi borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.
- Borang pendaftaran permohonan manual : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Borang/BK-01%20(Borang%20Permohonan%20STR%202025).pdf.
Setelah mengisi borang tersebut, anda perlu sertakan beberapa dokumen sokongan dan hantar ke LHDN yang terdekat.
CARA ISI BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026
Namun begitu, pendaftaran permohonan boleh dilakukan dengan mudah secara online (atas talian) mengikut panduan lengkap cara isi borang di bawah :
- Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
- Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
- Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
- Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
- Pilih status perkahwinan anda :
- Bujang – bagi yang belum berkahwin.
- Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
- Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
- Balu – bagi yang kematian pasangan.
- Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
- Duda / Janda – bagi yang bercerai.
- Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
- Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
- Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
- Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
- Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
- Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
- Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
- Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
- Selesai.
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih akan dikreditkan mengikut jadual seperti berikut :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Penerimaan Setiap Bulan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
| Penerimaan One-Off | Februari 2026 |
MAKLUMAT LANJUT MYKASIH
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]