BORANG DAFTAR MYKASIH 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600 BANTUAN SARA)
Melihat kepada penerimaan Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2025, ianya mendapat sambutan oleh semua 5.4 juta penerima yang layak. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 dengan meningkatkan jumlah penerima sehingga 9 juta rakyat.
Bagaimanakah cara isi borang daftar MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : AMAUN STR DIBAYAR 2026 : SILA BUAT SEMAKAN JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA KEPADA PENERIMA YANG LAYAK FASA 1
KADAR BANTUAN MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih akan dibayar dengan kadar yang berbeza kepada setiap penerima berdasarkan kategori dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah kadar bayaran untuk tahun 2026 :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | KADAR BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM200 | RM2,400 |
| Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM150 | RM1,800 |
| Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM100 | RM1,200 |
| Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
| Bujang Asas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
JADUAL BANTUAN MYKASIH 2026
Tarikh pembayaran Bantuan MyKasih untuk tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Namun, berikut merupakan tarikh anggaran bayaran setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026 :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 15 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH
Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan penerima MyKasih untuk tahun 2026 :
- Kelayakan Penerima MyKasih Miskin & Miskin Tegar :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Isi Rumah Warga Emas Bujang |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Purata Kemiskinan Nasional (PGK semasa) |
| Status eKasih | Daftar & tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Status STR | Lulus permohonan STR 2026 |
- Kelayakan Penerima MyKasih Asas Bukan Miskin :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Isi Rumah Warga Emas Bujang |
| Kadar Pendapatan | RM2,500 hingga RM5,000 |
| Status eKasih | Tidak tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Status STR | Lulus permohonan STR 2026 |
BORANG DAFTAR MYKASIH 2026
Untuk daftar permohonan secara manual, anda perlu memuat turun borang permohonan di bawah dan cetak keluar untuk isi secara manual. Setelah selesai mengisi borang, anda perlu menyediakan salinan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar ke LHDN terdekat.
CARA ISI BORANG DAFTAR MYKASIH 2026
Selain daftar permohonan secara manual, anda juga boleh juga daftar permohonan secara online dengan mudah sahaja tanpa perlu hadir ke LHDN untuk menghantar borang.
Oleh itu, ikuti panduan lengkap cara daftar permohonan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
- Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
- Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’ berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- *Jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
- Pilih status perkahwinan anda :
- Bujang – bagi yang belum berkahwin.
- Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
- Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
- Balu – bagi yang kematian pasangan.
- Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
- Duda / Janda – bagi yang bercerai.
- Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
- Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
- Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
- Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
- Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
- Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
- Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
- Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT MYKASIH
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau ingin bertanya berkaitan Bantuan SARA seperti di atas dengan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di talian rasmi SARA MOF : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 atau di laman ini : https://mykasih.com.my/contact-us/.