APAKAH YANG SAYA BOLEH BELI DENGAN MYKASIH

APAKAH YANG SAYA BOLEH BELI DENGAN MYKASIH

Pelaksanaan Program MyKasih melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad amat penting bagi memastikan bantuan digunakan secara telus serta untuk pembelian barangan keperluan harian.

Bagaimanakah cara cek baki mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA CEK BAKI MYKASIH (PANDUAN LENGKAP)

BOLEH BELI DENGAN MYKASIH

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bestatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

APA BOLEH BELI DENGAN MYKASIH?

Lebih 100,000 barangan asas daripada 14 Kategori yang diluluskan untuk pembelian barang mykasih seperti berikut:

KATEGORI BARANG MYKASIHJENAMA BARANG YANG DILULUSKAN
BerasJasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurCP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak MasakAlif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit
TepungBlue Key, Cap Sauh, Faiza, MFM, Cap Ros
BiskutMunchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft Foods, Jacob’s, Hup Seng
Mi SegeraIndomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan, Econsave
MinumanDutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker, Vico
Makanan dalam tinTC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup
Bahan PerasaPuteri, Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Life, Jalen, Cukup Rasa, Babas, Mak Siti, CSR
Produk Kebersihan DiriColgate, Kotex, Dettol
Ubat-ubatan RinganProspan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam
Barangan PersekolahanStabilo, Faber-Castell, Staedtler, Bata, Campap, Canggih
Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)Sabun/serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan, pencuci lantai

CARA BELI DENGAN MYKASIH

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Apakah yang saya boleh beli dengan MyKasih?
    • Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang diluluskan seperti beras, minyak masak, telur dan barang keperluan lain.
  2. Adakah saya boleh beli selain barang berdaftar dengan MyKasih?
    • Tidak. Hanya barangan asas terpilih yang diluluskan di bawah Program MyKasih sahaja.
  3. Di mana boleh gunakan MyKasih?
    • Di semua kedai MyKasih berdaftar. Senarai terkini boleh dirujuk di Portal Rasmi https://sara.gov.my/ atau di Aplikasi MyKasih.
  4. Adakah baki MyKasih boleh dikeluarkan tunai?
    • Tidak. Ia hanya untuk pembelian barangan asas dengan menggunakan MyKad.
  5. Apa berlaku jika baki bulan ini tidak digunakan?
    • Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan boleh digunakan dalam tempoh sah bantuan (sehingga 31 Disember 2025).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment