BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Peluang penerimaan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) diperluaskan kepada lebih ramai rakyat di Selangor dengan membuka permohonan baru bermula 1 November 2025. Oleh itu, individu yang layak boleh mula memohon untuk penerimaan sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara permohonan baru & semakan status kelayakan BINGKAS Selangor? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : CARA KEMASKINI STR ONLINE (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
PENGENALAN BINGKAS SELANGOR
Secara rasminya BINGKAS diperkenalkan sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor khas untuk memberikan sokongan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Selangor. Dengan bayaran BINGKAS, penerima dapat meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan memperkukuh keharmonian keluarga.
CARA TERIMA BANTUAN BINGKAS
Bantuan BINGKAS akan diterima oleh penerima yang layak dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam akaun e-Wallet (aplikasi Selangkah) dan penerima boleh menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas secara tanpa tunai.
Antara barang keperluan yang boleh dibeli adalah :
- Beras.
 - Mi dan Bihun.
 - Roti.
 - Biskut.
 - Telur.
 - Gula dan Garam.
 - Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
 - Tepung.
 - Minyak masak.
 - Sayuran dan buah-buahan.
 - Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
 - Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
 - Ubat-ubatan
 - Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
 - Lampin pakai buang.
 - Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
 - Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.
 
MANFAAT BINGKAS SELANGOR
Terdapat pelbagai manfaat yang dapat daripada program Bantuan BINGKAS, antaranya ialah :
- Dapat memenuhi keperluan asas setiap bulan.
 - Bantuan BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar.
 - Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet).
 - Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
 - Bantuan BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
 - Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan berikutnya.
 
KRITERIA PENERIMA BINGKAS
Bukan semua dapat memohon Bantuan BINGKAS, ianya terhad kepada rakyat yang menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
 - Tiada had umur;
 - Telah berkahwin atau ibu/bapa tunggal;
 - Mempunyai tanggungan sekuranya 2 orang yang berumur 18 tahun ke bawah;
 - Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
 - Lahir di Selangor atau menetap lebih 10 tahun;
 - Merupakan pengundi berdaftar di Selangor.
 
PERMOHONAN BARU BINGKAS
Individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh mula kemukakan permohonan baru mengikut panduan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
 - Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
 - Terus klik pada butang [Log Masuk].
 - Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
 - Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
 - Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
 - Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
 - Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
 - Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
 
 - Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
 - Setelah selesai, klik butang [Hantar].
 - Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
 - Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
 - Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
 - Permohonan telah berjaya dihantar.
 - Selesai.
 
SEMAKAN STATUS BINGKAS
Setelah berjaya memohon, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara online mengikut cara berikut :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
 - Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
 - Daftarkan akaun anda.
 - Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
 - Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
 - Buka bahagian [BINGKAS].
 - Semak status kelayakan anda.
 - Selesai.
 
RUJUKAN LANJUT
Jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan BINGKAS, pihak tuan / puan boleh buat rujukan lebih lanjut di bawah :
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim.
 - Laman Pertanyaan BINGKAS : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.
 - Talian Bantuan BINGKAS : 1800-22-6600