BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Urusniaga pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan BINGKAS adalah secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai berdaftar dan baki yang ada setiap bulan perlu dihabiskan. Permohonan baru akan dibuka tidak lama lagi untuk individu yang layak memohon.
Bagaimanakah cara permohonan baru & semakan status kelayakan Bantuan BINGKAS Selangor? Ikuti panduan lengkap di bawah.
APA ITU BANTUAN BINGKAS?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaa Negeri Selangor untuk membantu menampung perbelanjaan asas harian kepada golongan berpendapatan rendah (B40).
Antara barangan yang boleh dibeli guna Bantuan ini :
- Barang dapur & makanan asas;
- Barang keperluan bayi & anak kecil;
- Barang keperluan harian rumah.
*Nota : Penerima tidak boleh membeli barang seperti rokok, alkohol, tambah nilai prabayar dan sebagainya.
KADAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR
Bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat Selangor, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan dikreditkan dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan melalui aplikasi e-Dompet ketua isi rumah yang layak.
| KADAR BANTUAN | BULANAN |
|---|---|
| RM300 | Setiap Bulan |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Pemberian Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) terbuka kepada rakyat di Negeri Selangor yang memenuhi syarat-syarat kelayakan umum yang ditetapkan seperti berikut :
- Wargenagara Malaysia yang menetap di Selangor;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Berkahwin / ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Pengundi berdaftar di Selangor;
- Tidak menerima bantuan serupa daripada kerajaan negeri yang lain.
TARIKH PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR 2026
Portal permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah ditutup untuk permohonan tahun 2025. Namun,akan dibuka semula untuk permohonan 2026 bermula pada 1 November 2025.
| TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN DITUTUP |
|---|---|
| 1 November 2025 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR
Rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh kemukakan permohonan baru Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) secara atas talian (online) melalui laman web Portal Rasmi seperti berikut :
- Pergi ke laman web Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah dan klik Butang [Log Masuk].
- Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu] jika belum mempunyai akaun Selangkah.
- Laman Pendaftaran Akaun Selangkah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Telefon untuk pendaftaran akaun Selangkah.
- Ikuti langkah-langkah pendaftaran dan Isi semua maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
- Setelah pendaftaran berjaya, sila log masuk bingkas dengan akaun Selangkah yang telah didaftarkan dengan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BINGKAS
Status kelayakan permohonan sebagai penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) boleh disemak melalui aplikasi Selangkah dan melalui laman web Portal Rasmi BINGKAS. Berikut adalah cara mudah semak status melalui portal rasmi :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 :https://bingkasselangor.com/
- Terus klik Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada sumber sahih dalam Portal Rasmi Bingkas. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh kunjungi laman https://bingkasselangor.com/hubungi-kami atau menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.