BILAKAH TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN AKHIR MYKASIH

BILAKAH TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN AKHIR MYKASIH

Pembayaran akhir Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2025 iaitu Fasa Disember telah mula dilaksanakan kepada semua penerima yang layak. Namun, masih ada penerima yang belum mengetahui status kelayakan bahawa mereka layak untuk Fasa Disember.

Bilakah tarikh bayar duit Bantuan SARA Fasa Disember? Semak tarikh dan ikuti cara semak kelayakan anda di bawah.

BACA JUGA : AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK FASA 1

BILAKAH TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025

Tentunya ramai antara penerima menantikan bayaran duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk Fasa Disember. Berikut merupakan tarikh bayaran untuk Fasa Disember kepada semua penerima :

TARIKH KREDIT
BANTUAN SARA
(KEPADA PENERIMA MISKIN)
TARIKH KREDIT
BANTUAN SARA
(PENERIMA BUKAN MISKIN)
1 Disember 2025 (Isnin)1 Disember 2025 (Isnin)

BERAPAKAH JUMLAH DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025

Jumlah duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dibayar untuk Fasa Disember adalah berbeza mengikut penerima ‘Miskin’ dan juga penerima ‘Bukan Miskin’ seperti jumlah dalam kotak di bawah :

JUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA MISKIN)
JUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA BUKAN MISKIN)
Isi Rumah : RM200Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM150Warga Emas : RM50
Bujang : RM50Bujang : –

BAGAIMANAKAH CARA BAYAR DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025

Cara bayaran duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk Fasa Disember adalah sama seperti fasa-fasa sebelum ini iaitu dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan diri penerima.

Dengan Kad Pengenalan diri, penerima boleh membuat bayaran bagi pembelian barang-barang keperluan asas yang terpilih di mana-mana kedai runcit, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dengan SARA.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025

Untuk tahu sama ada layak atau tidak layak terima duit Bantuan SARA untuk Fasa Disember, anda boleh membuat semakan status kelayakan secara online melalui laman web rasmi seperti yang tertera di bawah :

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    • *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment