BILAKAH TARIKH AKHIR BOLEH GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD : SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH MYKASIH 2025 ANDA
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 akan tamat tidak lama lagi, iaitu kurang dalam tempoh sebulan. Kredit bantuan dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang tidak dibelanjakan oleh penerima sebelum tarikh akhir, akan luput secara automatik.
Bilakah tarikh akhir boleh guna bantuan sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BORANG PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2026 (RM1200 & RM2400 & RM600 BANTUAN SARA BARU)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Syarat dan Kategori Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
JADUAL TARIKH PROGRAM BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH MULA PROGRAM | TARIKH AKHIR PROGRAM |
|---|---|---|
| SARA EKASIH | 15 Januari 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH | 1 April 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
TARIKH AKHIR BOLEH GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Baki atau kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang tidak digunakan sebelum tarikh tamat program tidak lagi akan di bawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik :
- Tarikh Akhir/Luput : 31 Disember 2025 (Rabu)
KADAR BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Amaun Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH | SARA ONE-OFF |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 | RM100 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 | RM50 | RM100 |
| Bujang | RM50 | – | RM100 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]