BILA TARIKH KEPUTUSAN SPM 2025 : SEMAK SEKARANG
Berdasarkan Siaran Media rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa kesemua 413,299 pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 boleh membuat semakan keputusan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan & bila tarikh keputusan SPM 2025? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH : CARA REGISTER ONLINE
BILA TARIKH KEPUTUSAN SPM 2025
Ibubapa / penjaga boleh melakukan semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada tarikh dan waktu yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH SEMAKAN | WAKTU MULA SEMAKAN |
|---|---|
| 31 Mac 2026 (Selasa) | 10:00 pagi |
PLATFORM KEPUTUSAN SPM 2025
Pelajar atau ibubapa / penjaga boleh mengetahui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 melalui beberapa platform seperti berikut :
| KELAYAKAN CALON | PLATFORM KEPUTUSAN |
|---|---|
| Calon Sekolah | Melalui sekolah masing-masing atau Online di myresultspm.moe.gov.my atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) |
| Calon Persendirian | Melalui talian Jabatan Pendidikan Negeri atau Online di myresultspm.moe.gov.my atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) |
CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM 2025
Bagi calon sekolah yang boleh mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah masing-masing atau boleh juga buat semakan keputusan secara online di laman dan Pesanan Ringkas (SMS) seperti berikut :
- Semakan Online Melalui Laman Rasmi :
- Layari laman rasmi myresultspm.moe.gov.my.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pelajar.
- Masukkan Angka Giliran.
- Klik pada butang [Semak].
- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Pesanan Ringkas (SMS) :
- Buka pada ikon [Mesej 🗨️] dalam telefon pintar anda.
- Taipkan seperti berikut :
- SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran.
- Contoh : SPM 080230112345 AA001A001
- SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran.
- Masukkan nombor penerima : 15888.
- Klik pada butang [Hantar].
- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan dihantar melalui pesanan SMS.
- Selesai.
TAKRIFAN GRED KEPUTUSAN SPM
Berikut merupakan takrifan gred pada slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
| TAKRIFAN GRED | ULASAN GRED |
|---|---|
| A+ | Cemerlang Tertinggi |
| A | Cemerlang Tinggi |
| A- | Cemerlang |
| B+ | Kepujian Tertinggi |
| B | Kepujian Tinggi |
| B- | Kepujian Atas |
| C | Kepujian |
| D | Lulus Atas |
| E | Lulus |
| G | Gagal |
Namun, terdapat juga beberapa takrifan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lain mengikut sebab :
- Keputusan digantung / dibatalkan :
- Catatan “Digantung” menerangkan bahawa calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
- Catatan “Dibatalkan” menerangkan bahawa calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
- Keputusan “T” :
- Catatan “T” menerangkan bahawa calon tidak hadir menduduki kertas peperiksaan sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan sebarang maklumat lebih lanjut berkaitan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sila rujuk laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pautan yang tertera di bawah :
- Laman rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/semakan-keputusan-lepasan-spm-dan-program-khas-jpa.