BELANJAWAN 2026 PDF : MUAT TURUN / DOWNLOAD SENARAI INTIPATI UNTUK PENJAWAT AWAM, STR, PTPTN, BANTUAN
Pembentangan Belanjawan 2026 akan diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025 dan ianya akan disiarkan secara langsung [Live] di seluruh media siaran televisyen dan secara online melalui laman rasmi https://belanjawan.mof.gov.my.
Antara tonggak utama Belanjawan 2026 adalah dengan menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu reformasi pembaharuan dan tatakelola yang baik sebagai usaha meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan Malaysia ke arah yang lebih mampan.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan praBelanjawan 2026 serta dokumen PDF berkaitan intipati yang boleh dimuat turun untuk bacaan lebih lanjut.
BACA JUGA : BAJET 2026 : BONUS, PENJAWAT AWAM, STR, BANTUAN, PTPTN
APA ITU BELANJAWAN?
Belanjawan adalah merupakan rancangan kewangan tahunan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurus pendapatan (hasil) dan perbelanjaan negara bagi tempoh satu (1) tahun dan Belanjawan bagi tahun 2026 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Pembentangan Belanjawan 2026 adalah merupakan Belanjawan Kerajaan MADANI siri yang keempat (4) dan merupakan pertama dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) atau Pelan Malaysia Ke-13 (13MP) yang menandakan permulaan fasa pembangunan baharu negara untuk tempoh 2026 hingga 2030.
Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan mengambil kira pencapaian ekonomi negara sepanjang tahun 2025 sebagai garis utama dan panduan untuk pelaksanaan Belanjawan 2026 dalam menyampaikan input dan cadangan daripada rakyat.

PRABELANJAWAN 2026
Berdasarkan kenyataan PraBelanjawan 2026 yang disediakan, Kerajaan MADANI akan meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI seperti memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuhkan asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat Malaysia.
Berikut merupakan tiga tonggak utama prinsiap Ekonomi MADANI :
TONGGAK UTAMA | KETERANGAN |
---|---|
Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara | -Jana kesan berganda merentasi rantaian ekonomi. -Mengerakkan strategik untuk transformasi industri Malaysia. -Penyesuaian insentif untuk meningkatkan daya tarik pelaburan. |
Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat | -Reformasi pasaran buruh. -Sistem penjagaan kesihatan yang saksama dan mampan. -Perkasakan mekanisme bantuan sosioekonomi rakyat. -Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif yang berdaya saing pada masa depan. -Merapatkan jurang bandar dan luar bandar. -Memperkasakan semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang. |
Memacu Pembaharuan dan Tatakelola | -Memodenkan kewangan awam melalui teknologi. -Mengukuhkan integriti dan tadbir urus fiskal. -Meningkatkan GovTech dan perkhidmatan awam. -Reformasi perkhidmatan awam untuk kerajaan masa depan. |
BELANJAWAN 2026 PDF
Muat turun / download PDF Kenyataan PraBelanjawan 2026 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia di sini : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kenyataan-prabelanjawan-2026.
ASAS FOKUS BELANJAWAN 2026
Kerajaan memberikan fokus utama dalam Belanjawan 2026 mengikut asas-asas berikut :
- Subsidi Bersasar Dan Terarah :
- Untuk mengurangkan pembaziran subsidi dan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, Subsidi akan dilaksanakan secara bersasar dan terarah daripada pemberian menyeluruh.
- Modal Insan Dalam Sektor Awam :
- Dalam usaha memodenkan perkhidmatan awam dan menutup jurang kompetensi, inisiatif pembelajaran melalui APEL oleh INTAN dan GlobalNxt University akan dilaksanakan untuk penjawat awam.
- Kemajuan Infrastruktur Dan Sokongan Komuniti :
- Fokus pembangunan luar bandar, aktiviti pelancongan, PKS dan portfolio inklusif kepada masyarakat seperti warga emas, OKU, Orang Asli, Bumiputera, Wanita dan Belia.
- Sumbangan Tunai Rahmah dan Bantuan :
- Akan diteruskan dan diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak.
KADAR EKONOMI MALAYSIA MENUJU 2026
Dalam separuh pertama tahun 2025, kadar ekonomi Malaysia berada di landasan yang kukuh melihat kepada pencapaian berikut :
- Perkembangan KDNK (Q1 2025) sebanyak 4.4%dan unjuran tahunan antara4.0% sehingga 4.8%dengan dorangan utama oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta.
- Kadar Inflasi terkawal sekitar 1.1%pada bulan Jun 2025 dan ianya menjadikan Malaysia antara negara yang inflasi terendah dalam rantau asia.
- Jumlah pengganguran pada bulan Mei 2025 telah menurun ke paras 3.0%dan menghampiri status guna tenaga penuh.
- Sejajar dengan jangkaan sederhana Kerajaan bahawaDefisit fiskal akan susut kepada 3.8% KDNKuntuk tahun 2025.
- Ringgit Malaysiameningkat berbanding dolar AS dalam beberapa suku kebelakangan dengan sokongan aliran pelaburan masuk dan pengukuhan asas makroekonomi.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2026
Perdana Menteri ke-10 iaitu YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan intipati penuh Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat yang boleh disaksikan melalui siaran media TV3, RTM, Astro Awani dan sebagainya pada :
TARIKH PEMBENTANGAN | MASA |
---|---|
10 Oktober 2025 (Jumaat) | 3:00 petang (Waktu Malaysia) |
RUJUKAN LANJUT
Dalam artikel ini kami hanya berkongsikan serba sedikit maklumat yang diperoleh daripada Kenyataan Media oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan PraBelanjawan 2026. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat di sini : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kenyataan-prabelanjawan-2026.