BELANJAWAN 2026 : PENJAWAT AWAM, BONUS, STR, SARA, PTPTN, BANTUAN

BELANJAWAN 2026 : PENJAWAT AWAM, BONUS, STR, SARA, PTPTN, BANTUAN

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2026 yang merupakan siri keempat (4) dan pelaksanaan pertama (1) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) / Plan Malaysia Ke-13 (13MP) sebagai penanda permulaan fasa pembangunan baharu negara (2026 – 2030).

Melalui Belanjawan ini, Kerajaan MADANI Menumpukan tiga (3) aspek dan tonggak utama iaitu dengan menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan dan tatakelola yang lebih baik.

Ikuti maklumat lebih lanjut dalam artikel ini berkaitan Belanjawan pada tahun hadapan.

BACA JUGA : BAJET 2026 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN SENARAI INTIPATI

PENGENALAN BELANJAWAN

Belanjawan adalah merupakan satu rancangan kewangan Kerajaan bagi pendapatan (hasil) dan perbelanjaan negara dalam tempoh satu (1) tahun. Kerajaan mengambil kira pencapaian tahun 2025 sebagai garis utama merangka Belanjawan2026 bagi menyampaikan input dan cadangan rakyat.

TERKINI : INFO INTIPATI BELANJAWAN

Pertumbuhan Ekonomi & Sektor Utama

  • Sektor Pertanian : akan berkembang dalam unjuran sebanyak 2.2% pada tahun 2026, dengan peningkatan 1.2% pada tahun 2025.
  • Sektor Pembuatan : dijangka akan kekal stabil pada kadar 3.0% pada tahun 2026 berbanding 2025 dengan unjuran 3.8% disokong oleh industri berorientasi eskport dan domestik.
  • Sektor Perkhidmatan : akan terus menjadi penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan unjuran peningkatan 5.2% pada tahun 2026 berbanding 5.1% pada tahun 2025.
  • Sektor Pembinaan : dijangka akan kekal stabil pada kadar 6.1% pada tahun 2026 berbanding 10.1% pada tahun 2025.
  • Sektor Perlombongan & Kuari dijangka berkurangan daripada 1.1% pada tahun 2025 kepada 1.0% pada tahun 2026.

Fiskal & Hasil Negara

Berdasarkan Belanjawan yang dibentangkan, berikut merupakan sumber hasil negara yang dapat dikumpulkan dan dioptimumkan melalui :

  • Dana GLIC, Badan Berkanun, Persekutuan dan Syarikat Milik Kerajaan (MKD) bagi menampung perbelanjaan awam berjumlah RM470 billion meningkat (RM452 billion pada tahun sebelum ini).
  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 billion untuk tahun 2025 berbanding unjuran RM334.1 billion.

Pelancongan & Kebudayaan

  • Peruntukan RM700 sejuta untuk merancakkan sektor pelancongan negara.
  • RM500 juta disalurkan untuk menjayakan “Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026”.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan fi untuk masuk ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

Latihan & Kemahiran

  • Sebanyak RM7.9 billion peruntukan dinaikkan bagi TVET untuk memperkukuh latihan kemahiran dan tenaga kerja tempatan.

Pembangunan Infrastruktur & Wilayah

  • Pembangunan lapangan terbang diberikan peruntukan RM2.3 billion (Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri) dianggarkan siap pada tahun 2028.
  • Peruntukan RM20 juta untuk tambahan tapak dan ruang niaga di Tamu Desa Sabah dan Sarawak.
  • RM1.67 billion diperuntukan untuk Projek Pan Borneo Sabah.
  • Sarawak – Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 akan siap menjelang November 2026 dan Fasa 2 dijangka siap 2029.
  • Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak dinaikkan sebanyak RM600 juta berbanding tahun 2023 sebanyak RM300 juta.
  • Rm2 billlion peruntukan untuk “Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM)” sepanjang 3,190 km untuk kesalinghubungan digital Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Pentadbiran & Keselamatan

  • RM700 juta lebih diperuntukan untuk memperkukuh keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC (latihan dan perolehan aset baharu).
    • JKDM akan memperkenalkan setam cukai digital dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi mengelakkan isu pemalsuan dan ketirisan pintu masuk negara.
  • Program Ikhtiar Perkhidatan Bergerak MADANI akan diberikan peruntukan sebanyak RM110 juta.
  • RM21.7 billion diberikan MINDEF dan KDN akan peroleh RM21.2 billion.

Perkhidmatan Awam & Kemudahan Untuk Rakyat

  • UTC Ke-14 di Seberang Perai akan dilancarkan pada November.
  • RM76.6 juta peruntukan untuk penambahbaikan prasarana UTC supaya lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
  • RM31.5 juta disediakan untuk penyelenggaraan dan penggantuan aset-aset kedutaan yang rosak.

Alam Sekitar & Teknologi Hijau

  • RM150 juta disediakan untuk pelaburan tenaga baharu Dana Peralihan Tenaga Negara (NETR).
  • Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100% untuk syarikat yang menggunakan teknologi hijau tempatan “MyHIJAU Mark”.
  • Peruntukan RM10 juta diteruskan untuk Aktiviti pemetaan sumber nadir bumi.

Gigitalisasi & Inovasi

  • SKMM akan bangunkan Sovereign AI Cloud dengan pelaburan RM2 billion.
  • Geran Pecutan Digital Malaysia bernilai RM53 juta untuk mempercepatkan penggunaan AI, Blockchain dan komputer kuantum.
  • Penggunaan MyDigital ID disasarkan mencapai 15 juta pengguna.
  • OBI Framework akan dilaksanakan sepenuhnya pada suku pertama 2026 bagi sektor perkilangan dan suku kedua 2026 bagi sektor perkhidmatan.
  • Penganjuran Malaysia Techlympics, Minggu Sians Negara, Rehlah Sains dan Science on Wheels diperuntukan sebanyak RM15 juta.

Kebajikan & Sosioekonomi Rakyat

  • Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 4 bernilai RM2 billion akan dibayar pada 18 Oktober (Sempena Deepavali).
  • Penghargaan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) RM100 One-off akan diberikan semula kepada 22 juta rakyat 18 tahun dan ke atas pada pertengahan Februari 2026.
  • RM1 billion diperuntukan untuk memperhebatkan Ikhtiar MADANI untuk Rakyat.
  • RM110 juta untuk Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI (supaya rakyat luar bandar dapat menerima perkhidmatan kerajaan).
  • Program Sejati MADANI diperluaskan golongan muda dan meningkatkan pendapatan komuniti.
  • 500 kampung akan disasarkan dalam program Kampung Angkat MADANI dan lebih 1,500 sekolah sektor swasta akan menjadi Sekolah Angkat MADANI.
  • Solar MADANI akan diperluaskan ke seluruh negara.
  • Potongan cukai pendapatan kepada syarikat dan individu yang menyumbang kepada program MADANI.
  • PTPTN percuma untuk pelajar baharu.

Tadbir Urus & Reformasi Pentadbiran

  • RM25 juta diberikan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) untuk pendigital urusan kerajaan dan inovasi baharu.
  • Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi peringkat libat urus.
  • Akta Pelindungan Pengguna akan dipinda dengan Lemon Law untuk melindungan pengguna.
  • Peruntukan untuk perkukuh Institusi Parlimen diberikan peruntukan sebanyak RM220 juta dan RM5 juta untuk Jawatankuasa Pilihan Khas serta RM15 juta untuk APPGM.
  • Penyelenggaraan aset kedutaan disediakan peruntukan sebanyak RM31.5 juta.

Dasar Cukai & Peraturan Baharu

  • Cukai kenderaan di Langkawi dan labuan dihadkan kepada nilai kenderaan yang tidak melebihi RM300,000 bermula 1 Januari 2026.
  • Harga tembakau dinaikkan sebanyak 2 sen.
  • Cukai minuman keras dinaikkan sebanyak 10%.

Manfaat Penjawat Awam

  • Kemudahan pengeluaran awal GCR bagi penjawat awam untuk tujuan menunaikan haji dan terhad kepada penebusan RM10,000.
  • Pembiayaan LPPSA :
    • Had kelayakan maksimum dinaikkan sehingga RM1 juta.
    • Pembiayaan kali ke-2 dipermudahkan tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama.
  • Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan (disalurkan pada awal Mac 2025).
  • Sumbangan Khas RM500 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

Untuk teks ucapan penuh Belanjawan, sila muat turun : https://mof.gov.my/portal/images/2025/08/07/Ucapan-MKII-Majlis-Libat-Urus-Belanjawan-2026.pdf.

BELANJAWAN 2026

EKONOMI MALAYSIA MENUJU 2026

Berikut merupakan pencapaian ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2025 dalam menuju ke tahun 2026 :

  • KDNK (Q1 2025) berkembang sebanyak 4.4% dengan unjuran pertumbuhan tahunan daripada 4.0% sehingga 4.8% melalui dorongan utama oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta.
  • Kadar inflasi terkawal sekitar 1.1% pada bulan Jun 2025 dan menjadikan Malaysia antara negara yang inflasi terendah di rantau ASEAN.
  • Kadar pengangguran telah menurun ke paras 3.0% KDNK pada 2025 dan ianya sejajar dengan sasara jangka sederhana Kerajaan.
  • Ringgit Malaysia (RM) telah menokok berbanding dolar AS dalam beberapa suku kebelakangan dan disokong dengan aliran masuk pelaburan dan pengukuhan asas makroekonomi.

TONGGAK UTAMA BELANJAWAN 2026

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan Pra-Belanjawan 2026 yang mana ianya melibatkan tiga (3) tonggak utama bagi memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuhkan asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat Malaysia.

Antara tiga (3) aspek dan tonggak Belanjawan adalah :

  1. Menaikkan siling pertumbuhan negara.
  2. Menaikkan lantai taraf hidup rakyat.
  3. Memacu pembaharuan dan tatakelola yang baik.

FOKUS BELANJAWAN 2026

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan Pra-Belanjawan dan ramalan fokus Belanjawan adalah seperti berikut :

SUBSIDI BERSASAR & TERARAH :

  • Peralihan subsidi daripada pemberian menyeluruh kepada penyasaran subsidi yang lebih terarah bagi mengurangkan pembaziran dan bagi memastikan ianya betul-betul sampai kepada rakyat yang layak.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN & SEKTOR AWAM :

  • Bagi memodenkan perkhidmatan dan menutup jurang kompetensi, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif pembelajaran melalui APEL oleh INTAN dan GlobalNxt University kepada penjawat awam.

KEMAJUAN INFRASTRUKTUR & SOKONGAN KOMUNITI :

  • Pembangunan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak, sektor pelancongan, PKS dan portfolio inklusif untuk masyarakat (warga emas, OKU, Komuniti Orang Asli, Bumiputera, Wanita dan Belia).

BANTUAN UNTUK RAKYAT :

  • Bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan sebagainya untuk rakyat yang berpendapatan rendah (B40 dan M40).

*Namun, apabila teks penuh dibentangkan, mungkin terdapat perubahan.

TARIKH PEMBENTANGAN BELANJAWAN

Pembentangan Belanjawan adalah mengikut tarikh dan masa seperti berikut :

  • 📆 10 Oktober 2025, Jumaat.
  • 🕒 3:00 petang.
  • 🏫 Dewan Rakyat.
  • 💻 Siaran Langsung [Live] : RTM, TV3, Astro Awani & https://belanjawan.mof.gov.my.

INFO LANJUT

Kami hanya berkongsikan maklumat di atas yang dirujuk daripada kenyataan PraBelanjawan Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk info lebih lanjut, sila rujuk di sini : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kenyataan-prabelanjawan-2026.

Leave a Comment