BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BANTUAN
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal memasuki fasa keempat (4) dan penerima yang layak menerima bayaran dianggarkan hampir seramai 9 juta rakyat yang memohon dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Ketahui jumlah, tarikh dan kaedah bayaran STR Fasa 4 dan ikuti juga cara semakan status di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH OKTOBER : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENERIMA STR FASA 4 2025
Pemohon yang berstatus lulus adalah yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu/bapa tunggal (ada anak menepati syarat);
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun (bujang OKU umur 19 tahun ke atas);
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
KAEDAH BAYARAN STR 2025
Dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disediakan kepada penerima, iaitu :
- Bayaran Secara Tunai Di Kaunter :
- Bantuan STR dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di pusat yang bersesuaian kepada penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Bayaran Melalui Akaun Bank :
- Bantuan STR dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 kepada setiap kategori penerima :
- Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN FASA 4 |
---|---|
Tiada anak | RM200 |
1 – 2 anak | RM350 |
3 – 4 anak | RM500 |
5 anak ke atas | RM700 |
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN FASA 4 |
---|---|
Tiada anak | RM100 |
1 – 2 anak | RM200 |
3 – 4 anak | RM250 |
5 anak ke atas | RM350 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
JUMLAH BAYARAN FASA 4 |
---|
RM150 |
- Bujang :
JUMLAH BAYARAN FASA 4 |
---|
RM150 |
TARIKH BAYARAN STR 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Fasa 1, 2, 3 dan 4 adalah mengikut pada tarikh-tarikh seperti berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 hingga 21 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 (akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, ikuti cara semakan status yang lengkap seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM STR
- Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
- Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
- Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Bila boleh mohon Bantuan STR Fasa 4?
- Permohonan Bantuan STR Fasa 4 dibuka sehingga 30 September 2025 sahaja.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]