BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Individu yang lulus permohonan STR akan menerima bayaran secara automatik secara tunai, di mana jumlah keseluruhan bayaran diterima adalah berdasarkan fasa kelulusan permohonan STR tersebut.
Bilakah bayaran str 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2025
Penerima Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2025
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Kadar kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 5 Anak : RM 2,000 5 Anak dan Ke atas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 5 Anak : RM 1,000 5 Anak dan Ke atas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
Bujang | RM 600 |
Jumlah bantuan diatas merupakan kadar kelayakan maksimum STR yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2025, namun bantuan tersebut akan dibahagikan secara empat fasa mengikut kadar yang ditetapkan.
JADUAL BAYARAN STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH MASUK BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | Tarikh bayaran Fasa 3 dijangka bermula pada Ogos 2025, namun tarikh bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
CARA BAYARAN STR 2025 KEPADA PENERIMA
Kaedah Pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf