BAYARAN SARA RM100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Rata-rata penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah terdiri daripada kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Setiap kategori akan menerima kadar bayaran yang sama iaitu sebanyak RM100 setiap seorang.
Bagaimanakah semakan status bayaran SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI BARANG SARA : SEMAK SEKARANG
TARIKH BAYARAN SARA RM100 2025
Pembayaran Bantuan SARA RM100 untuk semua akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
- 31 Ogos 2025, Ahad (Sempena Hari Kemerdekaan Ke-68).
*Nota : Bantuan SARA boleh digunakan pada bila-bila masa sebelum 31 Disember 2025, Rabu.
CARA BAYARAN SARA RM100 2025
Semua penerima di seluruh Malaysia (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) akan menerima bayaran Bantuan SARA RM100 dengan cara yang sama iaitu melalui pengkreditan automatik ke dalam ‘Kad Pengenalan’.
SYARAT PENERIMA BAYARAN SARA RM100 2025
Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 yang ditetapkan oleh Kerajaan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA RM100 2025
Bermula 21 Ogos 2025, Khamis ini, anda boleh mula menyemak status sebagai penerima Bantuan SARA RM100.
Ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA; atau klik pautan rasmi di sini : https://mykasih.com.my.
- Halaman utama Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 86XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Status penerima bayaran SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN SARA RM100 2025
Status pembayaran Bantuan SARA RM100 boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.