BAYARAN SARA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN RAHMAH DALAM MYKAD
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan November 2025 telah mula disalurkan ke dalam MyKad penerima untuk dibelanjakan bagi mendapatkan keperluan asas bulan tersebut.
Bagaimanakah semakan bayaran sara november 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK BANTUAN RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI SARA MYKASIH BULAN NOVEMBER
PENERIMA SARA NOVEMBER 2025
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
PORTAL SEMAKAN BAYARAN SARA
Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh digunakan oleh penerima untuk :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Semakan Status Kelayakan;
- Tarikh Pelaksanaan Program (Tarikh Bermula dan Tarikh Berakhir);
- Semakan Senarai Kedai Berdaftar;
- Semakan Kategori Barangan Yang Diluluskan;
- Panduan Membeli Barangan;
SEMAKAN BAYARAN SARA NOVEMBER 2025
Status Bayaran dan Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) November 2025, boleh disemak secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
BAYARAN SARA NOVEMBER 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan Novermber 2025, adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN SARA (NOVEMBER 2025) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | RM50 |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN SARA (NOVEMBER 2025) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 |
| Bujang | – |
KATEGORI BARANGAN YANG DILULUSKAN
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
SENARAI KEDAI TERPILIH
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih (SARA) termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Econsave, Pacific, Lotus Stores (Tesco).
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA SARA NOVEMBER 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Bagaimana cara semak bayaran sara november 2025?
- Anda boleh menyemak status bayaran secara online di Portal Rasmi SARA.
- Adakah kredit SARA boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih dengan menggunakan MyKad.
- Adakah semua kategori penerima STR akan terima MyKasih?
- Semua kategori penerima STR berstatus eKasih layak menerima MyKasih, manakala penerima STR bukan eKasih hanya terhad kepada kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
- Adakah boleh dapatkan barang asas selain yang berdaftar?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai terpilih.
- Di mana boleh guna SARA November?
- Di 7,300 lebih premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]