Bayaran RM100 Dalam MyKad Bila Masuk – Semak Tarikh Rasmi Sekarang!
Bayaran RM100 ONE-OFF di bawah Program SARA bakal disalurkan ke dalam MyKad 22 juta penerima layak secara automatik pada tarikh pelaksanaan bayaran.
Bilakah tarikh rasmi masuk bayaran rm100 dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: Bagaimanakah Guna SARA RM100? Anda Boleh Rujuk Cara Beli Melalui MyKad – Lihat Panduan Lengkap
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM100 DALAM MYKAD
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH RASMI MASUK BAYARAN RM100 DALAM MYKAD
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :
TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH SAH | KADAR BAYARAN |
---|---|---|
Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad) | SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) | RM100 (ONE-OFF) |
Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan mulai tarikh pelaksanaan bayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, serta SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA BAYARAN RM100 KEPADA PENERIMA
Bantuan RM100 akan dikreditkan terus secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Malaysia, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN RM100 DALAM MYKAD
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf