BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS DUIT BANTUAN SARA RAHMAH
Program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam MyKad untuk tahun 2025 kini memasuki Fasa November iaitu bayaran yang ke 11 kepada penerima Miskin dan bayaran yang ke 8 untuk penerima asas bukan miskin.
Bagaimanakah cara semakan bayaran MyKasih dalam MyKad Fasa November 2025? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI MYSTR 2026 : SILA SEMAK SAMA ADA ANDA BERKELAYAKAN ATAUPUN TIDAK
TARIKH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Kerajaan telah mengkreditkan Bantuan MyKasih dalam MyKad penerima yang layak untuk Fasa November dan sah digunakan sehingga tarikh berikut :
| TARIKH BAYARAN MYKASIH | TARIKH AKHIR GUNA MYKASIH |
|---|---|
| 1 November 2025, Sabtu | 31 Disember 2025, Rabu |
JUMLAH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Untuk Fasa November, Bantuan MyKasih akan dikreditkan dalam MyKad penerima dengan jumlah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA MISKIN | PENERIMA BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | RM0 |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH DALAM MYKAD
Terdapat sebanyak 14 jenis barang yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih Dalam MyKad :
- ๐ Beras.
- ๐ Roti.
- ๐ฅ Telur.
- ๐ข๏ธ Minyak masak.
- ๐พ Tepung.
- ๐ช Biskut.
- ๐ Mi segera.
- ๐ฅ Minuman.
- ๐ฅซ Makanan dalam tin.
- ๐ง Bahan perasa.
- ๐งผ Produk kebersihan diri.
- ๐ Ubat-ubatan.
- ๐ Barangan persekolahan.
- ๐ช Produk kebersihan rumah.
SEMAKAN STATUS BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD
Status kelayakan dan status bayaran Bantuan MyKasih Dalam MyKad boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal MyKasih Rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Tunggu verifikasi disahkan.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Duit Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas. Ikuti cara guna yang mudah seperti berikut :
- Kunjungi pasaraya / pasar mini / kedai runcit yang berdaftar MyKasih.
- Pilih barang keperluan yang mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga.
- Seterusnya, pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Setiap barang keperluan yang diambil akan diimbas oleh juruwang.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
- Resit dan MyKad akan diberikan kepada penerima.
RUJUKAN LANJUT MYKASIH
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]