BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH

BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH

Pembayaran duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam MyKad kini memasuki Fasa kedua akhir iaitu pada bulan November. Kerajaan juga telah berjaya mengkreditkannya dalam MyKad dan sebahagian daripada penerima telahpun menggunakannya untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara semakan bayaran duit SARA Dalam MyKad untuk Fasa November? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : DAFTAR LESEN PERCUMA 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN (PANDUAN LENGKAP)

BILANGAN PENERIMA DUIT SARA DALAM MYKAD 2025

Bukan semua rakyat Malaysia layak untuk menerima duit Bantuan SARA Dalam MyKad, ianya hanya khas untuk seramai berikut :

KELAYAKAN PENERIMABILANGAN
Penerima Miskin700,000 penerima
Penerima Asas
Bukan Miskin
4.7 juta penerima
Keseluruhan =5.4 juta penerima

TEMPOH SAH GUNA DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025

Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad mempunyai tempoh sah guna selama 9 hingga ke 12 bulan mengikut kelayakan penerima :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH SAH GUNA SARA
Penerima Miskin12 bulan
Penerima Asas
Bukan Miskin
9 bulan
Namun, untuk bayaran bagi Fasa November pula adalah selama tarikh berikut :

🗓️ Tarikh Sah Guna Duit Sara :

  • Bermula 1 November 2025 (Sabtu) – Bantuan Dikreditkan.
  • Pada 31 Disember 2025 (Rabu) – Bantuan Tamat Digunakan.

JUMLAH BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER

Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran duit Bantuan SARA Dalam MyKad untuk Fasa November sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA MISKINPENERIMA ASAS
Isi RumahRM200RM100
Warga EmasRM150RM50
BujangRM50

CARA SEMAK BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025

Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA Dalam MyKad untuk Fasa November boleh disemak secara online mengikut panduan di bawah :

  1. Sila layari laman web Portal MyKasih Rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bahagian tengah.
  4. Kemudian, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  7. Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
  8. Tunggu Verifikasi disahkan.
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

*Contoh paparan status penerima ‘Isi Rumah Miskin’ :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2025
StatusLayak
Tarikh Program Bermula15/01/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)200.00

CARA GUNA DUIT SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025

Bagi yang disahkan ‘Layak’, boleh menggunakan duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad mengikut panduan di bawah :

  1. Kunjungi pasaraya / pasar mini / kedai runcit yang berdaftar dengan SARA (rujuk senarai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barang-barang keperluan asas yang ingin dibeli (pastikan mengikut label SARA di rak tanda harga).
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  5. Juruwang akan imbas (scan) setiap barang-barang yang dipilih.
  6. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

RUJUKAN LANJUT SARA

Artikel ini hanya ditulis berdasarkan rujukan sahih daripada Portal Rasmi MyKasih dan dikongsikan untuk rujukan kepada orang awam berkaitan ‘Bayaran Bantuan SARA’. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila buat rujukan di bawah :

Leave a Comment