BAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 kini memasuki Fasa akhir pembayaran. Baki atau kredit bantuan yang belum digunakan sebelum program bantuan tamat akan luput secara automatik.
Bagaimanakah bayaran duit sara dalam ic fasa disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN MYKASIH RM1200 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN SARA RAHMAH YANG DIBAYAR DALAM MYKAD ANDA
PENERIMA BAYARAN SARA FASA DISEMBER 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Kadar pendapatan di bawah Panduan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
AMAUN BAYARAN SARA FASA DISEMBER 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 yang dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
TARIKH BAYARAN SARA FASA DISEMBER 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 bulan Disember dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN SARA DISEMBER 2025 | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|
| 1 Disember 2025 (Isnin) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
Catatan : Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulan Disember telah disalurkan ke dalam IC (Kad Pengenalan).
Baki atau kredit bantuan yang belum dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas, mestilah digunakan sebelum program bantuan tamat di mana kredit bantuan akan luput secara automatik.
SEMAKAN BAYARAN SARA DALAM IC
Status dan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Aplikasi MyKasih
Semak di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semak di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT SARA DALAM IC
Kredit SARA dalam IC boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]