BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD PENERIMA FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN RAHMAH MYKASIH
Kadar pengkreditan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ke dalam MyKad penerima untuk bulan November adalah berbeza mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semak kelayakan bayaran duit bantuan sara dalam mykad penerima fasa november 2025? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) November 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan November 2025 adalah secara automatik ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima bermula :
- Tarikh Pengkreditan November 2025 : 1 November 2025 (Sabtu)
- Tarikh Akhir/Luput Kredit : 31 Disember 2025 (Rabu)
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir akan luput secara automatik.
PANDUAN PEMBELIAN GUNA DUIT SARA DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]