BAYARAN BANTUAN SARA FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BAYARAN BANTUAN SARA FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Program Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk bayaran tahun 2025 dilaksanakan secara ansur berperingkat bermula bulan Januari sehingga kini dan ianya masih lagi diteruskan supaya penerima dapat menerima dan menggunakan bayaran sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan status penerima bayaran Bantuan SARA Fasa November? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET B40 2026 : SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayar kepada setiap penerima melalui cara berikut :

  • Penerima Di Semenanjung Malaysia :
    • Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan khusus untuk membantu penerima membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih.
  • Penerima Di Sabah, Sarawak & Labuan :
    • Juga dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan khusus untuk membantu penerima membeli barangan keperluan ada di kedai terpilih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA FASA NOVEMBER

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa November dikreditkan dalam Kad Pengenalan (MyKad) semua penerima secara serentak mengikut tarikh seperti berikut :

🗓️ Bermula 1 November 2025 (Sabtu).

*Nota : Penerima boleh terus menggunakannya untuk beli barang keperluan asas pada bila-bila masa sahaja.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA FASA NOVEMBER 2025

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa November ditentukan berdasarkan kategori dan kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH BAYARAN
Isi Rumah
Miskin & Miskin Tegar
RM200
Isi Rumah
Asas Bukan Miskin
RM100
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
JUMLAH BAYARAN
Warga Emas
Miskin & Miskin Tegar
RM150
Warga Emas
Asas Bukan Miskin
RM50
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH BAYARAN
Bujang
Miskin & Miskin Tegar
RM50
Bujang
Asas Bukan Miskin

TEMPOH SAH PENGGUNAAN BAYARAN SARA 2025

Penggunaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mempunyai tempoh sah laku yang ditetapkan seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
TEMPOH SAHTARIKH TAMAT
PENGGUNAAN
Miskin & Miskin Tegar12 bulan31 Disember 2025
Asas Bukan Miskin9 bulan31 Disember 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA FASA NOVEMBER 2025

Seramai 5.4 juta rakyat yang merupakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disahkan layak untuk Fasa November. Untuk ketahui status kelayakan, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MyKasih di pautan ini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
  5. Tunggu pengesahan verifikasi.
  6. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN SARA

Penerima yang disahkan ‘Layak’ serta mempunyai Bantuan SARA dalam kad pengenalan boleh membeli barang-barang keperluan asas seperti berikut :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan peribadi.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.
  14. Produk kebersihan rumah.

INFO LANJUT SARA

Segala informasi yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan SARA untuk tahun 2025. Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment