BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN DUIT BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal memasuki pembayaran akhir tidak lama lagi dan akan dikreditkan terus ke dalam IC penerima untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan di kedai berdaftar.
Bagaimanakah semakan bayaran bantuan sara dalam ic fasa disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
TARIKH BAYARAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan Disember 2025 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak bermula :
| TARIKH PEMBAYARAN FASA DISEMBER | TARIKH AKHIR / LUPUT |
|---|---|
| 1 Disember 2025 (Isnin) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir, akan luput secara automatik.
PENERIMA BAYARAN SARA DALAM IC
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
SEMAKAN BAYARAN SARA DALAM IC
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]