BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Berita baik kepada semua rakyat dewasa di Malaysia, Kerajaan akan mula menyalurkan Bantuan Asas Rahmah secara One-Off (sekaligus) untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan status kelayakan dan bayaran Bantuan Asas Rahmah One-Off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA EKASIH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN
TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF
🗓️ Tarikh Pembayaran Bantuan Asas Rahmah secara One-Off adalah pada :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang | 09 Februari 2026, Isnin |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan Asas Rahmah secara One-Off dibayar dengan jumlah mengikut kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 – Suami & RM100 – Isteri |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Namun, ianya diberikan khusus kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori | Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang |
| Kadar Pendapatan | Tidak mengira kadar pendapatan (terbuka kepada semua) |
CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Semua penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan Asas Rahmah One-Off melalui cara-cara berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Semua (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) | Terima bayaran secara tanpa tunai yang dikreditkan automatik terus ke dalam Kad Pengenalan penerima dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF
Rakyat Malaysia kini boleh membuat semakan status untuk tahu kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan Asas Rahmah secara One-Off, ikuti cara semakan yang mudah dan lengkap di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Bantuan Asas Rahmah | https://www.sara.gov.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan Asas Rahmah di atas.
- Halaman utama Bantuan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900230112345.
- *Pastikan tanpa (-) dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
*Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA One-Off 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- E-mel Bantuan SARA : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.