BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SENARAI BARANG & CARA GUNA

BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SENARAI BARANG & CARA GUNA

Di atas permintaan penerima, Kerajaan MADANI telah menambah kategori barangan ke dalam senarai barangan Bantuan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKad dan kini terdapat kira-kira (14) kategori barangan Bantuan MyKasih.

Apakah senarai barangan Bantuan MyKasih dan bagaimana cara guna? Semak maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025

Kini, terdapat kira-kira 14 barangan Bantuan MyKasih yang telah diluluskan untuk pembelian dengan menggunakan MyKad, antaranya ialah :

  1. Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin :
    • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan :
    • Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan :
    • Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan :
    • Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Produk kebersihan rumah :
    • (Kategori baharu) rujuk pada rak tanda harga.

*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi kadar Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad penerima.

HAD PEMBELIAN BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025

Kerajaan telah menetapkan had pembelian barangan Bantuan MyKasih kepada setiap penerima seperti berikut :

HAD PEMBELIAN KEPADA
PENERIMA SEDIA ADA
HAD PEMBELIAN KEPADA
PENERIMA BAHARU
ISI RUMAH :
RM100-RM200 setiap bulan
sehingga RM2,100 setahun
ISI RUMAH :
RM100 setiap bulan
sehingga RM900 setahun
WARGA EMAS :
RM100-RM150 setiap bulan
sehingga RM1,650 setahun
WARGA EMAS :
RM50 setiap bulan
sehingga RM450 setahun
BUJANG :
RM50 setiap bulan
sehingga RM600 setahun
BUJANG :
tiada

CARA BELI BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025

Hanya individu yang disahkan layak boleh membuat pembelian barangan Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran anda (Rujuk senarai kedai terpilih MyKasih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

CARA SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH 2025

Bagi penerima yang telah menggunaan Bantuan MyKasih untuk pembelian barangan keperluan asas, lebihan baki yang ada dalam MyKad boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment