BARANG SARA YANG BOLEH DIBELI : SEMAK SENARAI SEKARANG
Setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia yang layak menerima RM100 ONE-OFF, melalui MyKad, kini boleh mula berbelanja barangan keperluan asas di bawah Program SARA.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak bila pembayaran ewallet 2025 masuk? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN MY KASIH RM100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR & SYARAT KELAYAKAN
SIAPAKAH YANG BOLEH BELI BARANG SARA
Kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA sebarang PERMOHONAN diperlukan.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK BELI BARANG SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
SENARAI BARANG SARA YANG BOLEH DIBELI
Bantuan RM100 ONE-OFF yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Malaysia untuk Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
TARIKH BOLEH BARANG SARA
Barangan keperluan asas yang didaftar di bawah Program SARA boleh digunakan bermula 31 Ogos 2025, dan SAH hingga 31 Disember 2025.
CARA BELI BARANG SARA
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) BARANG SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan RM100 ONE OFF:
- Adakah barangan yang berdaftar SARA sahaja boleh menggunakan kredit RM100 ONE-OFF?
- Ya. Pembelian selain barangan berdaftar dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
- Bilakah boleh mula beli barang SARA?
- Pembelian barangan keperluan asas di bawah Program SARA menggunakan RM100 ONE-OFF boleh dibuat mulai 31 Ogos 2025. Baki kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan sah sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE-OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]