BARANG SARA 2025 – SEMAK SENARAI – CARA BELI GUNA MYKAD
Daripada hanya 10 kategori barangan keperluan SARA yang diluluskan, kini Kerajaan telah menambah kepada 14 kategori barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKad pada setiap bulan atau sekaligus (one-off).
Bagaimanakah cara beli barang SARA guna MyKad? Ikuti panduan dan semak senarai lengkap di bawah.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA YANG LAYAK SARA RM100 ONE OFF : SEMAK SEKARANG
SENARAI BARANG SARA 2025
Terdapat 14 kategori barangan SARA yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKad :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) :
- Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
CARA BELI BARANG SARA GUNA MYKAD
Berikut merupakan panduan cara beli barang SARA dengan menggunakan MyKad :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi had bantuan.
TARIKH BELI BARANG SARA 2025
Penerima boleh mula membuat pembelian barang SARA mengikut tarikh pengkreditan dalam MyKad seperti jadual berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH MULA PEMBELIAN |
---|---|
Penerimaan setiap bulan kepada 5.4 juta penerima | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Penerimaan sekali bayar kepada 22 juta penerima | 31 Ogos 2025 (One-off) |
HAD PEMBELIAN BARANG SARA 2025
Setiap penerima mempunyai had pembelian barangan SARA yang berbeza mengikut jumlah bantuan yang dikreditkan dalam MyKad seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | HAD BANTUAN SARA |
---|---|
Isi Rumah Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM200 setiap bulan |
Isi Rumah Asas (Daftar STR sahaja) | RM100 setiap bulan |
Semua Isi Rumah | RM100 sekali bayar (One-off) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | HAD BANTUAN SARA |
---|---|
Warga Emas Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM150 setiap bulan |
Warga Emas Asas (Daftar STR Sahaja) | RM50 setiap bulan |
Semua Warga Emas | RM100 sekali bayar (One-off) |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | HAD BANTUAN SARA |
---|---|
Bujang Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM50 setiap bulan |
Bujang Asas (Daftar STR sahaja) | – |
Semua Bujang | RM100 sekali bayar (One-off) |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.