BARANG MYKASIH 2026 : SENARAI BARANGAN BOLEH BELI & CARA GUNA
Walaupun Bantuan MyKasih dikreditkan setiap bulan, namun masih ada sebahagian penerima yang tidak menggunakannya untuk beli barang keperluan asas. Oleh itu, setiap penerima disarankan untuk membeli barang-barang keperluan asas mengikut senarai yang diluluskan.
Bagaimanakah semak senarai barang Mykasih yang boleh beli dan cara guna? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SENARAI BARANG MYKASIH 2026
Terdapat lebih 100,000 jenis barang keperluan asas yang diluluskan dan boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih, antaranya ialah :
| KATEGORI BARANG | SENARAI YANG DILULUSKAN |
|---|---|
| Bahan asas masakan | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya |
| Makanan sejuk beku | Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM |
| Keperluan sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya |
CARA BELI BARANG MYKASIH
Bagi yang belum pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas, ikuti cara pembelian yang mudah seperti berikut :
| LANGKAH | CARA BELI BARANG MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Pergi ke kedai terpilih MyKasih yang berhampiran anda |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga |
| 3. | Berikan Kad Pengenalan anda kepada juruwang untuk imbasan pengesahan penerima MyKasih |
| 4. | Juruwang akan kembalikan Kad Pengenalan anda dan akan mula mengimbas setiap barang yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan dengan guna Kad Pengenalan anda *Jika baki tidak mencukupi, anda perlu bayar lebihan secara tunai |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki MyKasih |
HAD PEMBELIAN BARANG MYKASIH
Namun, Kerajaan telah menetapkan had pembelian barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | HAD PEMBELIAN SETIAP BULAN | HAD PEMBELIAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 | RM2,400 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 | RM1,800 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 | RM1,200 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
TARIKH & TEMPOH BELI BARANG MYKASIH
Penerima-penerima yang disahkan layak boleh membuat pembelian barang keperluan asas pada tarikh dan selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT & BOLEH BELI BARANG | TARIKH AKHIR (TAMAT TEMPOH) TIDAK BOLEH BELI |
|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- E-mel MyKasih : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.