BARANG MY KASIH YANG DILULUSKAN

BARANG MY KASIH YANG DILULUSKAN

Ramai antara penerima Bantuan MyKasih masih mengambil barang-barang keperluan yang tidak diluluskan di bawah MyKasih dan tidak boleh dibayar guna MyKad. Lebih 900 jenis barang-barang yang diluluskan telah disenaraikan di bawah MyKasih pada tahun ini.

Semak barag MyKasih yang diluluskan di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN STR (BAYARAN FASA 4)

BARANG MY KASIH

BARANG MY KASIH YANG DILULUSKAN

Banyak barang keperluan asas yang diluluskan dan boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan My Kasih dalam MyKad. Berikut merupakan senarai kategori dan jenis barang yang diluluskan My Kasih :

KATEGORI BARANGJENIS YANG DILULUSKAN
Barang asas makananBeras, roti, telur, minyak masak,
tepung, biskut dan mi segera
MinumanSusu, Milo, teh, kopi dan
sebagainya
Makanan dalam tinSardin, tuna dan kacang
panggang
Bahan perasaSos cili, sos tomato, kicap,
gula dan garam
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan sebagainya
yang diluluskan oleh KKM
Produk kebersihanUbat gigi, sabun cecair mandian,
tuala wanita, sabun pencuci pinggan,
sabun / serbuk pencuci pakaian
dan pencuci lantai
Barang sekolahPakaian seragam sekolah,
kasut, beg sekolah dan alat tulis
Bagi mengelakkan penerima mengambil barang keperluan yang tidak diluluskan, label ‘SARA MyKasih’ diletakkan pada setiap rak tanda harga.

SENARAI PREMIS MY KASIH YANG DILULUSKAN

Terdapat lebih 7,300 premis seperti kedai runcit, pasar mini dan pasar raya yang boleh guna Bantuan My Kasih untuk beli barang keperluan asas. Antara premis yang diluluskan My Kasih adalah :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • TF Mart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.

CARA BELI BARANG MY KASIH

Semua penerima yang disahkan layak boleh buat pembelian barang keperluan asas MyKasih dengan menggunakan MyKad. Ikuti cara beli barang My Kasih seperti berikut :

BIL.CARA-CARA BELI BARANG MY KASIH
1.Pergi ke kedai runcit / pasar mini / pasar raya
terdekat My Kasih
2.Pilih barang keperluan My Kasih yang
ingin dibeli
3.Pilih kaunter yang mempunyai sistem
bayaran My Kasih
4.Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan
status penerima dan baki My Kasih yang ada
5.Barang yang dipilih akan diimbas mengikut
kategori yang diluluskan
6.Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad
7.Resit bayaran akan diberikan untuk semak baki

KADAR BELI BARANG MY KASIH

5.4 juta penerima sedia ada daripada golongan miskin, miskin tegar dan bukan miskin yang layak boleh buat pembelian barang keperluan asas dengan My Kasih mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA
MISKIN TEGAR
PENERIMA
BUKAN MISKIN
ISI RUMAHRM200 sebulan
(RM2,100 setahun)
RM100 sebulan
(RM900 setahun)
WARGA EMASRM150 sebulan
(RM1,650 setahun)
RM50 sebulan
(RM450 setahun)
BUJANGRM50 sebulan
(RM600 setahun)

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) yang ditanya berkaitan Bantuan MyKasih :

  1. Bilakah boleh beli barang MyKasih?
    • Barang keperluan asas boleh dibeli guna MyKasih pada setiap 1 hari bulan setiap bulan.
  2. Bolehkah beli barang selain senarai yang ditetapkan?
    • Tidak, penerima hanya boleh beli barangan asas yang diluluskan sahaja.
  3. Bagaimanakah kalau MyKad rosak?
    • Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada pihak MyKasih.
  4. Bilakah tarikh boleh beli barang MyKasih?
    • Pembelian barangan keperluan asas dengan MyKasih boleh dibeli sehingga 31 Disember 2025.
  5. Apa yang perlu dibuat jika transaksi MyKad gagal di kedai?
    • Penerima perlu semak status MyKad di portal MyKasih atau hubungi talian khidmat pelanggan MyKasih untuk pengesahan teknikal.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat-maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk maklumat lebih lanjut ata pertanyaan, sila rujuk pihak MyKasih seperti berikut :

Leave a Comment