BARANG BANTUAN MYKASIH 2025 : SENARAI BARANG & CARA GUNA
Kini selain daripada barangan dapur, penerima juga boleh membuat pembelian barangan keperluan asas yang lain seperti produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan serta barangan persekolahan anak.
Bagaimanakah senarai barang Bantuan MyKasih dan cara guna? Ikuti panduan dan maklumat di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan senarai barangan Bantuan MyKasih yang boleh dibeli :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pinggan / Sabun dan Serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai (jenama rujuk label MyKasih pada rak tanda harga).
SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat lebih 1,200 kedai terpilih yang boleh membeli barangan Bantuan MyKasih, antaranya ialah :
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco);
- Lulu Supermarket;
- Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 2025
Hanya penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran anda.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
HAD PEMBELIAN BARANG BANTUAN MYKASIH 2025
Setiap penerima dihadkan membuat pembelian pada setiap bulan mengikut jumlah berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM100 – RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM100 – RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.