BANTUAN WARGA EMAS JKM RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)
Demi memberikan keselesaan dan memenuhi keperluan harian warga emas, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Warga Emas (BWE) khas untuk warga emas yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan & cara permohonan Bantuan Warga Emas JKM RM600? Rujuk panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SYUKUR SABAH FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN RM900
PENGENALAN BANTUAN WARGA EMAS JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan Warga Emas (BWE) khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan asas harian warga emas supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam arus pemodenan yang semakin mencabar.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan bayaran Bantuan Warga Emas (BWE) secara ansur setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026 melalui bayaran tunai dan melalui akaun bank penerima.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN WARGA EMAS JKM
Berdasarkan kenyataan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2026, jumlah bayaran Bantuan Warga Emas (BWE) untuk tahun 2026 bakal dinaikkan kepada RM600 setiap bulan berbanding bayaran 2025 hanya sebanyak RM500 setiap bulan.
| JUMLAH BAYARAN TAHUN 2025 | JUMLAH BAYARAN TAHUN 2026 |
|---|---|
| RM500 setiap bulan | RM600 setiap bulan |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM600
Inisiatif Bantuan Warga Emas (BWE) hanya akan diberikan kepada warga emas yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut :
- Warganegara Malaysia serta bermastautin di Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bawah Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Tegar Semasa;
- Warga Emas tiada ank / tinggal / menumpang ahli keluarga yang berpendapatan melebihi PGK semasa;
- Bukan yang tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat Jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan pemberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
- Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita Miskin Tegar atau lain-lain keperluan yang munasabah dan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
CARA PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS JKM
Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) boleh dilakukan secara menual dan juga secara online seperti berikut :
- Mohon di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian; atau
- Mohon secara online melalui Portal Rasmi JKM.
Untuk permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) secara online, ikuti panduan lengkap di bawah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi eBantuan JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Pada halaman tersebut, sila klik butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
- Pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal anda.
- Kemudian, pilih [Mukim] tempat anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti :
- [Nama Penuh].
- [Nombor Kad Pengenalan].
- dan sebagainya.
- Isikan [Kod Pengesahan] mengikut kod yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah berjaya daftar akaun JKM, sila [Log Masuk] untuk memohon.
- Pilih permohonan [Bantuan Warga Emas (BWE)].
- Masukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Apabila permohonan berjaya dihantar, pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Cetak] untuk membuat cetakan salinan permohonan.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN WARGA EMAS JKM
Untuk membolehkan permohonan diproses dan dibuat penilaian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan seperti senarai di bawah :
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Surat penyata pendapatan daripada majikan (jika ada);
- Pengesahan pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK;
- Pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri);
- Salinan bil utiliti seperti bil air / bil elektrik / telefon / Astro (salah satu) untuk sahkan alamat kediaman;
- Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS JKM
Apabila permohonan berjaya dihantar dan dibuat penilaian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, pemohon boleh menyemak status kelayakan secara online seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Halaman eBantuan JKM akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
- Masukkan [No. Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) JKM akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT JKM
Pihak kami hanya menulis artikel ini berdasarkan maklumat daripada Portal Rasmi JKM dan kami kongsikan untuk memudahkan carian umum. Sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Warga Emas (BWE), sila rujuk pihak JKM melalui talian berikut :
- Talian JKM : 03-8000 8000
- E-Mel JKM : [email protected]