BANTUAN WARGA EMAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
Bantuan Warga Emas (BWE) diteruskan untuk tahun 2026 dengan pemberian bulanan bagi membantu golongan warga emas yang terdiri daripada miskin tegar untuk memastikan kebajikan mereka terus terjaga, dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan warga emas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM100 DALAM MYKAD : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
APA ITU BANTUAN WARGA EMAS?
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2026 kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas atau kategori warga emas yang terdiri daripada Miskin tegar.
Tujuan pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu golongan warga emas dalam meneruskan kelangsungan kehidupan seharian seperti membeli keperluan asas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Warga Emas seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Bermastautin di Malaysia ;
- Berusia 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
- Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
KADAR BANTUAN WARGA EMAS 2026
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Warga Emas 2026 :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 Sebulan | Pengkreditan terus ke akaun bank penerima atau tunai di Pejabat JKM yang berhampiran jika tidak mempunyai akaun bank |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS 2026
Status Kelayakan & Status Permohonan BWE 2026 boleh di semak secara online seperti berikut:
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
- Klik Butang [Semak Status Permohonan Talian].
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Semak].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Pemohon;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Status Bantuan / Permohonan : Sama Ada Berjaya atau Tidak.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS 2026
Panduan lengkap pendaftaran BWE seperti berikut:
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama eBantuanJKM akan dipaparkan
- Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
- Pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal anda.
- Kemudian, pilih [Mukim].
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat [Nama Penuh, No. Kad Pengenalan Baru] seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan.
- Masukkan Kod Pengesahan seperti yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan, dan pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
Catatan : Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dilakukan. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa mengemukan permohonan :
- Salinan MyKad pemohon,
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan MyKad pemohon & tanggungan.
- Sijil lahir anak (jika ada).
- Sijil nikah/cerai/kematian pasangan (jika berkaitan).
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU);
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan Penyata akuan bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 8000 8000
- Portal Rasmi JKM : https://www.jkm.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/wargaemas