BANTUAN UNTUK BUJANG : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Golongan bujang khususnya yang berpendapatan rendah (B40) juga diberi keutamaan oleh Kerajaan MADANI dalam pemberian bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya dapat mengurangkan bebanan kos sara diri.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan Bujang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN BTR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN UNTUK BUJANG
Antara syarat-syarat kelayakan bagi penerima Bantuan Bujang adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
KADAR BANTUAN UNTUK BUJANG
Bayaran Bantuan kepada kategori Bujang adalah sebanyak kadar berikut :
KADAR 2025 | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN UNTUK BUJANG
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Bujang mengikut peringkat pelaksanaan :
PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN UNTUK BUJANG |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | Bermula 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Belum diketahui |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN UNTUK BUJANG
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Bujang, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%203%2011082025.pdf.