BANTUAN TUNAI WARGA EMAS – SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN TUNAI WARGA EMAS – SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Pelbagai usaha Kerajaan untuk membantu golongan warga emas terutama yang berpendapatan rendah, termasuk menyediakan bantuan tunai bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga, dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik.

Bagaimanakah semak penerima bantuan tunai warga emas? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK PLKN SIRI 2026 : TERPILIH ATAU TIDAK SEBAGAI PESERTA

JENIS BANTUAN TUNAI WARGA EMAS

Terdapat beberapa jenis bantuan warga emas yang disediakan termasuk :

  • Bantuan Warga Emas (BWE) JKM;
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
JENIS BANTUANPENJELASAN
Bantuan Warga Emas (BWE) JKMBantuan tunai bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Warga Wmas yang terdiri daripada Miskin tegar untuk kelangsungan kehidupan seharian
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Bantuan tunai secara berfasa yang disediakan oleh Kerajaan MADANI kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Bantuan tambahan STR, secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI WARGA EMAS

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas adalah seperti berikut :

JENIS BANTUANKELAYAKAN
Bantuan Warga Emas (BWE) JKMWarganegara Malaysia;

Berusia 60 tahun dan ke atas;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Bujang atau Tiada Anak (sebatang kara; dan

Tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Warganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Tiada Anak;

Berumur 60 tahun dan ke atas; dan

Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Warganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

JUMLAH BANTUAN TUNAI WARGA EMAS

Berikut merupakan kadar bantuan yang diberikan kepada Warga Emas :

JENIS BANTUANKADAR BANTUAN
Bantuan Warga Emas (BWE) JKMRM600 Setiap Bulan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)RM600 Setahun
(amaun akan diberikan mengikut fasa)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)RM150 Setiap Bulan (RM1,200 Setahun)
Berstatus eKasih;

RM50 Setiap Bulan (RM600 Setahun)
Bukan eKasih

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN TUNAI WARGA EMAS

Status Kelayakan Bantuan Warga Emas 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :

Cara Semakan Bantuan Warga Emas (BWE) JKM :

  1. Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
  3. Klik Butang [Semak Status Permohonan Talian].
  4. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, Klik Butang [Semak].
  6. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  7. Nama Pemohon;
  8. Nombor Kad Pengenalan;
  9. Status Bantuan / Permohonan : Sama Ada Berjaya atau Tidak
  10. Selesai.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Maklumat status kelayakan akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Cara Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Maklumat status kelayakan akan dipaparkan.
  9. ⁠Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Bantuan Warga Emas (BWE) JKM :

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/wargaemas ATAU https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026 ATAU https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment