BANTUAN TUNAI RAYA AIDILFITRI – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA 2026

BANTUAN TUNAI RAYA AIDILFITRI – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA 2026

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lebih dari lima (5) hari sahaja lagi dan tentunya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya. Oleh itu, Kerajaan telah mula menyalurkan Bantuan Tunai untuk membantu meringankan bebanan kewangan untuk persiapan perayaan Aidilfitri ini.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan Tunai Raya Aidilfitri? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 1 2026

APA ITU BANTUAN TUNAI RAYA AIDILFITRI?

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri, Bantuan Tunai Raya Aidilfitri diberikan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 khas kepada rakyat Malaysia yang merupakan B40 dan M40. Manakala Bantuan Khas Kewangan (BKK) turut diberikan kepada penjawat awam dan pesara yang layak untuk perayaan Aidilfitri.

JUMLAH BAYARAN TUNAI RAYA AIDILFITRI

Bayaran Bantuan Raya melalui STR dan BKK ini diberikan dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kadar Jumlah Bayaran Bantuan Tunai STR (Fasa 2) Sebelum Raya :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40RM150 hingga RM600
(tertakluk bilangan tanggungan)
Isi Rumah M40RM100 hingga RM350
(tertakluk bilangan tanggungan)
Warga EmasRM150
  • Kadar Jumlah Bayaran Bantuan Tunai BKK Sebelum Raya :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Penjawat Awam
(Gred 56 Ke Bawah /
Lantikan Kontrak /
MySTEP)
RM500
Pesara / Veteran
(Berpencen / Tidak
Berpencen)
RM250

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAYA AIDILFITRI

Tentunya bayaran Bantuan Tunai STR dan BKK dilaksanakan sebelum perayaan Aidilfitri bagi membantu penerima membuat persiapan barang keperluan dan makanan. Berikut merupakan tarikh bayaran yang dilaksanakan :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan STR (Fasa 2) Raya10 Mac 2026 (Penerima Sedia Ada)
dan
30 Mac 2026 (Penerima Baharu)
Bantuan BKK Raya13 Mac 2026 (Semua Penerima)

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAYA AIDILFITRI

Oleh kerana Bantuan Tunai BKK diberikan secara terus kepada penjawat awam dan pesara, penerima tidak perlu membuat semakan kelayakan. Namun, untuk Bantuan Tunai STR perlu buat semakan kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran Fasa 2 untuk Perayaan Aidilfitri.

Ikuti cara semakan kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. “Selamat Datang Ke MySTR” akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  6. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Profil permohonan anda akan dipaparkan.
  10. Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk ketahui info lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai STR, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang tertera di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini dan https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pemberian-bantuan-khas-kewangan-tahun-2026.

Leave a Comment