BANTUAN TUNAI MYSTR 2026 : SILA SEMAK SAMA ADA ANDA BERKELAYAKAN ATAUPUN TIDAK
Kerajaan Madani telah bersetuju meningkatkan kadar peruntukan untuk penyaluran Bantuan Tunai MySTR bagi tahun 2026. Seiring dengan peningkatan tersebut, 9 juta rakyat akan terima bayaran dengan kadar yang lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah cara semak sama ada layak atau tidak Bantuan Tunai MySTR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2026
Penerima Bantuan Tunai MySTR dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Madani bagi setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :
- KELAYAKAN ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin (ada / tiada anak) atau ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
- KELAYAKAN WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bujang / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 (B40 & M40).
- KELAYAKAN BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 (B40).
NILAI BANTUAN TUNAI MYSTR 2026
Daripada peruntukan sebanyak RM15 billion, Kerajaan Madani akan menyalurkan Bantuan Tunai MySTR kepada 9 juta rakyat dengan nilai yang sepadan dengan kelayakan penerima bersama dengan bayaran Bantuan MySARA seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BANTUAN MYSTR | NILAI BANTUAN MYSARA |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 5 anak : RM2,200 | RM1,200 hingga RM2,400 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 5 anak : RM950 | RM1,200 hingga RM2,400 |
| Warga Emas B40 & M40 | RM600 | RM600 hingga RM1,800 |
| Bujang B40 | – | RM600 hingga RM1,200 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR
Bagi memudahkan rakyat / penerima untuk menerima bayaran Bantuan Tunai MySTR, Kerajaan Madani menyediakan dua (2) kaedah bayaran dan kaedah pembayaran Bantuan Tunai MySTR dikekalkan dengan dua (2) cara seperti berikut :
- Bayaran Secara Tunai Di Kaunter Bank :
- Bagi penerima yang tiada akaun bank atau penerima status ‘Gagal Kredit’ atau penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran Bantuan Tunai MySTR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana kaunter yang bersesuaian.
- Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank :
- Bagi penerima yang mempunyai akaun bank pula akan menerima bayaran Bantua Tunai MySTR terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR
Pembayaran Bantuan Tunai MySTR bukanlah dilakukan secara sekaligus terus. Namun, Kerajaan Madani akan membayarnya kepada penerima yang layak secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual berikut :
| FASA SATU (1) | FASA DUA (2) | FASA TIGA (3) | FASA EMPAT (4) |
|---|---|---|---|
| Januari 2026 | Mac 2026 | Ogos 2026 | Oktober 2026 |
CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI MYSTR
Kerajaan Madani menyediakan sebuah laman web Portal Rasmi MySTR yang memudahkan untuk pemohon untuk menyemak status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan Tunai MySTR. Semakan boleh dilakukan dengan mudah seperti berikut :
- Layari laman web Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama Portal MySTR, sila klik butang [Log Masuk].
- *Pastikan anda telah mendaftar akaun baharu.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, terus klik butang [Semak].
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan nama anda.
- Jika betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan terus [Kata Laluan] yang telah diciptakan.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN MYSTR
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai MySTR :
- Hotline MySTR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline MySTR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]